Friday 27 July 2012

Apa Itu "MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT"?




RAMAI YANG MALAS MEMAHAMI MSIB

“Melayu Sepakat Islam Berdaulat (MSIB)!!!”, begitulah laungan ISMA saban tahun sejak PRU12 2008.

Sekali pandang, memang nampak macam berbaur nasionalisme. Saya sebagai ahli ISMA pun anggap begitu pada awalnya. Tapi selepas saya cuba memahami, akhirnya selepas dua tahun, saya yakin bahawa MSIB adalah jalan keluar terbaik untuk kemelut umat Islam Malaysia.

Penyelesaian MSIB adalah tidak berasal dari fahaman nasionalisme atau apa-apa isme yang lain, tetapi MSIB bertitik tolak daripada ideologi Islam yang tulen sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW tanpa penambahan dan pengurangan sedikit pun kandungannya. Saya dah baca pendalilan MSIB menurut Al-Quran dan Sunnah. Memang kuat dan tepat.

Yang lebih menarik ialah MSIB adalah satu solusi yang lengkap yang meliputi segenap permasalahan umat. Contohnya masalah penghakisan jati diri, masalah perpecahan umat Islam, cabaran mempertahankan hak sebagai seorang penduduk asal dan masalah suara Islam yang semakin menyepi.



HAKIKAT PERTEMBUNGAN DI MALAYSIA

Semua permasalahan yang saya nyatakan itu terbit daripada kefahaman seseorang terhadap hakikat pertembungan yang sedang berlaku di Malaysia. Pertembungan sebenar bukan antara BN dan PR, tetapi pertembungan sebenar ialah antara agenda Islam dengan agenda golongan yang ingin melenyapkan Islam (Liberalis, Sekularis dan Kuffar).

Liberalis mahu umat Islam Melayu hilang hak keistimewaannya, hingga semua rakyat Malaysia dianggap sama rata. Puak sekularis pula mahu Islam dihadkan di masjid-masjid tanpa memasuki urusan pemerintahan negara. Oleh itu, mereka menetang hudud. Manakala puak Kuffar (baca: Kristian) mahu mengeluarkan umat Islam dari agamanya walaupun orang itu tak masuk agama batil.



SOLUSI MENYELURUH

 Apabila kita memahami hakikat pertembungan ini, kita akan dapati bahawa menawan Putrajaya bukanlah solusi terbaik. Solusi terbaik ialah MSIB kerana ia menyelesaikan masalah secara menyeluruh.
 
Contohnya, dalam masalah perpecahan umat Islam, MSIB mengajak seluruh umat Islam, baik PAS mahupun UMNO mahupun yang tak ada parti, untuk meletakkan agenda Islam mengatasi semua kepentingan. Misalan, apabila agama Islam mengajak kita menentang LGBT, maka seluruh unit umat ini perlu bersepakat menentang LGBT sekalipun tindakan ini mendatangkan kerugian kepada pihaknya. Yang penting ialah Islam untung.

Contoh lain, dalam masalah suara Islam yang semakin menyepi (dulu ada laungan Islam Hadhari dan Negara Islam, kini tiada lagi), ISMA mengajak seluruh umat Islam melaung lantang MSIB hingga menenggelamkan suara liberalis, sekularis dan kuffar. Tidak ada yang kita mahukan daripada MSIB melainkan mahu melihat Islam berdaulat, berdiri mengatasi segala agenda lain di Malaysia ini.

Subhanallah, betapa geniusnya orang yang melahirkan idea ini. Memang ajaib!



SELESAIKAN MASALAH KITA DENGAN CARA KITA

Cara terbaik untuk atasi masalah bangsa dan agama ialah kita menyelesaikan masalah itu dengan cara kita dan kerangka kita, tanpa meminta bantuan pihak bukan Islam. Sebarang solusi yang bukan Islam hanya akan membawa masalah yang lebih besar. Inilah kunci utama MSIB. Kita sebagai umat Islam sepatutnya berdiri sebagai satu tubuh. Lawan kita ialah yang bukan Islam, bukan saudara-mara kita sendiri.

Justeru, tinggalkanlah segala yang bukan Islam, baik DAP, MCA, MIC dan lain-lain. Mereka tak akan pernah reda akan kita. Mereka tak akan pernah suka lihat Islam mengatasi mereka.



SATU KEYAKINAN

Saya amat yakin dengan MSIB. Lambat atau cepat, ia pasti berjaya. Cuma kejayaannya bergantung kepada empat syarat:

1. Pendukungnya benar-benar faham dan yakin dengan gagasan MSIB.
2. Mereka ikhlas berjuang menegakkannya.
3. Mereka bersemangat tinggi dan berkobar dalam mempertahankannya.
4. Tindakan berterusan yang tak kenal henti.

Bittaufiq (Gud luck), MSIB! ^_^


#  #  #

2 comments:

Anonymous said...

ana mengenali bilal bukan sebegini...
sedeyh melihat nta berubah menjadik begini..

ana tau anta kuat prinsip.. ana kenal nta sejak kecik.

smoga Allah memberikan hidayah kpd kte untuk bersatu smula..

ana uhubukka fillah

Anonymous said...

真人秀场跳舞聊天室 , 大尺度真人秀场聊天室 , 网页真人秀场聊天室 , 深圳真人秀场聊天室 , 293真人秀视频聊天室 , 夫妻真人秀聊天室 , 真人秀视频聊天室 , live173视讯影音live秀 , live173影音视讯live秀 , live173点数