Tuesday 25 August 2009

Cari Apa?


Bismillah... (moga niat ini membawa ke syurga)

Assalamualaikum wbt. Marhaban bis shalihin! Marhaban buat yang sedang bersungguh-sungguh pulun di bulan yang mulia ini. Kalau boleh, doakan saya. :)

Sekadar sedikit perkongsian. Sengaja merenung kembali muntalaq Ramadhan kita walaupun sudah empat hari ia berlalu. Bagus juga; boleh tajdid niat.


Ada orang yang merasa berat ketika Ramadhan datang. Kenapa? Kerana dia fikir, kalau dia buat amal banyak-banyak pun, lepas raya nanti dia tinggalkan juga.

Ataupun dia fikir, kalau dia buat amal banyak-banyak, nanti lepas Ramadhan, banyaklah amal yang dia kena maintain. Kalau dia tak maintain, apa pula orang lain cakap.

Ada ke orang yang fikir macam tu? hm.. ada kot.

Saya rasa, matlamat kita dalam melalui sebulan Ramadhan ialah untuk capai reda dan maghfirah Allah swt. Sebab, kita tak tahu betapa banyak dosa kita. Dan siapa yang mahu mati kalau Allah belum reda padanya?

Maka kita harap, Ramadhan ini benar-benar membersihkan. Hilang segala karat-karat. Nurani suci berkilat.

Dan, tidak timbul soal khatam Al-Quran atau tidak; kerana yang penting bukan banyak, tetapi MEMBERSIHKAN.

"Qadiyyatuna laisa qadiyyatul a'mal. Qadiyyatuna qadiyyatu qabulil a'mal"

(Isu kita bukan isu amal. Isu kita ialah isu penerimaan amal)

Daripada perbincangan ini, timbullah satu kesimpulan: KUN RABBANIYAN, WALA TAKUN RAMADHANIYAN.

Sekian. Selamat beribadah. Sekali lagi, doakan saya :)

Dedikasi:

Tahniah buat Naufal bin Jailani yang akan melanjutkan pelajarannya ke bumi Allah Birmingham, UK. Jaga diri baik-baik. Bilal sedia membantu apa yang perlu, insyaAllah. :)

( Warwick, Birmingham? )

Sunday 23 August 2009

Ramadhan 1430H

Bismillah… (ikhlaskan niat)

Assalamualaikum semua. Apa khabar agaknya ya? Ramadhan Kareem! Akhirnya dapat juga saya cari masa untuk mencoret.


Sebelum apa-apa, saya ucapkan “Selamat Hari Al-Quds 2009” sempena 21 Ogos yang lalu. Kita sama-sama bayangkan Denis Michael Rohan menyalakan api di Al-Aqsa pada pagi 21 Ogos 1969. Muslimin cuba padamkan, tetapi dihalang oleh tentera Zionist. Al-Aqsa rosak teruk. Dan Denis Micheal tidak dibicara langsung, atas alasan dia tidak siuman.



“Al-Qudsu qad nadana # Man sayu’idul Qudsa siwana”


Denis Michael Rohan (sumber: Google images)



Habis cerita Al-Quds, masuk cerita Ramadhan.

Rasanya belum bersedia untuk menulis panjang. Jadi, saya cuba kongsikan sikit mengenai Ramadhan Mesir.



Orang Mesir gantung benda ni di rumah mereka supaya Ramadhan nampak meriah. Apa nama benda ni ya? Rambu ke?


Cyber Cafe pun tak ketinggalan menghidupkan suasana Ramadhan.


Tanglung besi ini dijual di meata-rata tempat. Nama arabnya ialah Faanus.


Faanus bercahaya di malam hari

Ramadhan juga adalah bulan keemasan buat para daie. Mudah untuk berdakwah, kerana hati manusia sedang terpaut dengan Al-Quran dan masjid. Tapi hidayah itu tetap milik Allah.

Bersama kita hidupkan Al-Quran dalam diri kita. Berilah setiap huruf itu haknya. Kurangkan bual-bual kosong, kerana tutur muslim itu hanyalah Al-Quran dan zikir. Semoga Ramadhan ini memberikan sesuatu.

(Jom pulun!)