Thursday 12 February 2009

Negara Siapa Ini?

Negara siapakah ini? Wah, majunya! Malaysia pun boleh kalah.

Bandaraya mereka...

Pesisir pantai mereka...

Stadium mereka...


Shopping mall mereka...


Mereka tengah main bola. Siapa tu?


Taman rekreasi mereka...


Anak-anak mereka main basikal di taman...


Business center mereka...


Bangunan tepi pantai mereka...
Eh, ni negara siapa agaknya? Eropah ke?

Tak. Bukan. Inilah negara kita yang dah dijajah oleh mereka...

Benjamin Netanyahu, Tzipi Livni dan Avigdor Lieberman...


Benjamin Netanyahu:

Ketua Parti Likud, Perdana Menteri Israel 1996-1999

Tzipi Livni:

Ketua Perti Kadima, Menteri Luar Israel, anak kepada pasangan ahli Irgun (kumpulan gerila Israel)

Avigdor Lieberman:

Ketua Parti Yizrael Beiteinu, Timbalan Perdana Menteri 2006-2008

Terkini dari Jerusalem:

Fawzi Barhoum, jurucakap Gerakan Hamas dalam pernyataan akhbar semalam, Selasa (10/2) menegaskan bahawa hasil pilihan raya umum Israel menunjukkan masyarakat Israel memilih pemimpin mereka yang paling ekstrim dan paling mampu memprovokasi tindakan terroris dan perang terhadap rakyat Palestin. Barhoum menambah, kita sekarang berhadapan dengan tiga ketua terroris.


Livni ingin melanjutkan perangnya terhadap rakyat Palestin. Netanyahu pula mengumumkan bahawa tidak ada hubungan dengan Palestin dan tidak akan melakukan sebarang perjanjian dengan mereka. Manakala Lieberman ingin menghancurkan Mesir serta melemparkan rakyat Palestin ke laut, membunuh mereka dan mengusirnya.

-حسبنا الله ونعم الوكيل-

Wednesday 4 February 2009

Soalan, Pesta Buku dan Membaca


Bismillahirrahmanirrahim.


Baru-baru ini, beberapa soalan telah ditanya kepada saya. Nak kata sukar, tidaklah. Namun, banyak juga yang membuat saya tergaru-garu kepala. Soalannya simple. Apa kata kalau anda cuba menjawab?

1. Amerika Syarikat, Britain, India dan Indonesia; Negara-negara tersebut pernah diketuai oleh seorang perempuan, kecuali…

2. Siapakah sahabat pertama yang berhijrah ke Madinah?

3. Siapakah Timbalan Presiden Amerika Syarikat sekarang?

4. Al-Zalzalah, Al-Humazah, Al-Fajr dan At-Tin; Antara yang berikut, yang manakah bukan surah Makkiyah?

5. Siapakah yang mengetuai penentangan terhadap penjajahan Itali di Libya?


Sewaktu ditanya, saya dapati ramai juga teman-teman lain yang tidak tahu jawapannya. Sambil memikirkan jawapan yang hendak diberi sebagai “gorengan”, diri masing-masing diletakkan dalam mode “muhasabah”.


Katanya orang Islam, tetapi mengapa tidak mengusai ilmu pengetahuan; baik am mahupun spesifik? Katanya mahu jadi daie, tetapi di mana nilai muthaqqafatul fikri? Katanya ingin bangkit-sedar mengislah ummat, tetapi ke manakah perginya sejarah gemilang muslimin terdahulu?


Tiba-tiba kata-kata ini terngiang-ngiang di telinga, “Banyak orang yang bercakap, tetapi sikit sekali mereka yang beramal”.


Ya, tidak dapat tidak, kita perlu menghidupkan budaya membaca. Sewaktu saya ke Pesta Buku Antarabangsa di Cairo, saya dapati bahan bacaan bangsa Arab ini banyak sekali. Satu-satu karya penulisan itu boleh mencecah belasan jilid, sehingga memaksa pengunjung pesta buku ini membawa bagasi beroda sebagai ganti troli ketika membeli-belah.


Pesta buku Mesir memang jauh meninggalkan PWTC Book Fair kita. Luas tapaknya bukan main. Berbagai-bagai buku yang terhidang memeningkan kepala kita. Terfikir juga saya, “Kalaulah aku dapat menguasai Bahasa Arab, boleh jadi semua ilmu dalam buku-buku ni dalam genggaman aku”.


Demikianlah limpahan bahan ilmiah dan pengetahuan sesebuah bangsa yang pernah memerintah dunia. Oh, bagaimanalah agaknya pesta buku di Amerika Syarikat..?


Akhir kata…


“JOM BACA BUKU!” :)
Jawapan:
1. Amerika Syarikat (jangan lupakan Pratibha Patil & Margaret Thatcher!)
2. Abu Salamah
3. Joe Biden (hehe, tenggelam dek populariti Obama)
4. Al-Zalzalah (Ingat, hanya ada 3 Madaniyah dalam Juz Amma)
5. Omar Mokhtar (Ada filem lg; The Lion of The Desert)