Wednesday 28 November 2007

Bila nak masuk medan?

Assalamualaikum

Kadang-kadang terfikir juga cuti-cuti ni, setelah belasan tahun ana hidup dan belajar, bila agaknya semua itu nak dipraktikkan. Rasanya tak kurang 5 tahun ana ikut usrah tetapi agaknya apa sumbangan ana untuk masyarakat.

Mungkin kita kena mulakan langkah. Tak kira macam manapun situasi kita, kita tetap kena menyampaikan risalah dakwah kepada masyarakat. Kalau nak tunggu cukup ilmu, memang tiada orang yang cukup ilmu di dunia ini. Apa yang kita pelajari di sekolah atau di mana2 dulu hanya akan difahami sekiranya kita berada dalam medan. How can you know something without feeling it? Pepatah arab menyebutkan."bilmazaki tu'rafu jaudatul halwa" (buku BAT F4/F5). Hanya dengan merasa kita kita dapat mengetahiu kemanisan manisan itu.

So, itu saja untuk kali ini. Mesejnya ialah "Apa gunanya belajar banyak tetapi tiada amal?".
Astaghfirullah. Wassalam.

Satu harapan

Assalamualaikum wbt.

Bertemu lagi kita di laman ini. Terdetik di hati untuk kembali aktif menulis blog ini. Antara faktornya ialah lapangan masa dan kemudahan menggunakan internet di rumah. Apapun, tujuan utama blog ini kembali ditulis ialah demi merealisasikan satu harapan.

Harapan untuk melihat generasi muda menghayati Islam dalam kehidupan mereka dgn bersungguh-sungguh, bak kata Albanna rahimahullah, "Pemuda ialah rahsia penting setiap kebangkitan". Kalau tidak kita, siapa lagi? Dan harus diingat bahawa saya juga generasi muda.

Saya amat mengalu-alukan kritikan daripada anda. Wabillahi taufeeq wal hidayah, wassalamualaikum wbt.