Thursday 31 March 2011

Pantun Exam (Tazkirah Iftar 31/3/11)

Bismillah.

Khas buat ikhwah yang disayangi. Ringankan stress antum dengan pantun.


Siswi lalu kita menunduk,

Siswa lalu kita menyapa,

Musim exam semua sibuk,

Kerana ukhuwwah kita berjumpa.

***


Sakit perut terlebih mempelam,

Ubat dibeli di pekan Kapar,

Aizat terkejut Bilal tergamam,

Kek hari jadi penyeri iftar.

***


Selesai salam toleh ke belakang,

Mereka tiada hati bimbang,

Telefon dihubungi blok diseberang,

Saling melengkapi itulah tunjang.

***


Surau Ali memang sedap,

Air-condnya sejuk mic-nya mantap,

Tahu sibuk menghadap kitab,

Nur ibadah janganlah malap.

***


Muslim sibuk study Kalkulus,

Nabil sibuk study Aqidah,

Sekian dulu pesanan tulus,

Bersama kecapi kejayaan indah.

***


Kenangan main meriam bersama mereka.



-Sekian-