Bismillah (ikhlaskan niat...)
Tahniah buat Muhammad Irfan bin Mohamad Salmi yang melangsungkan pernikahannya pada 21 Julai lepas. Memang meriah! Maklumlah, keluarga besar. ^_^ Kami tumpang gembira. Moga perkahwinan tersebut menjadi asbab kejayaan dakwah dan ummah. Ya, suatu hari nanti..
Saya menerima kiriman RAMADHAN KIT dari keluarga di Malaysia. "Terima kasih Yam!". Tak tunggu lama, terus gantung di rumah. Takut terleka, sedangkan Ramadhan mendekat.
Mubarak buat KrafHATI (Maryam Jailani), moga terus sukses. "Bisnes berjaya, dakwah bergaya". Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan RAMADHAN KIT, boleh terus menghubungi KrafHATI di krafhati.blogspot.com. ^_^

