Monday 29 March 2010

Falsafah Bola

Kita main bola sejak kecil

Bismillah (Naktub ala mahabbatika ya Rabb)


MUQADDIMAH


Tak dinafikan, bola sepak adalah satu sukan yang merakyat. Di peringkat apapun, ia pasti mendapat sambutan. Tak kurang mereka yang menjadikannya sebagai medium penyampai ideologi atau fikrah.


Semua kita boleh main bola. Namun tak semua mendapat manfaat yang sama. Kalau Zubair boleh score hattrick, Bilal juga tak kurang hebatnya. Cuma boleh jadi, hasil kita daripada permainan tersebut berbeza bagai langit dan bumi. Ya, berdasarkan niat masing-masing.


Justeru, pengalaman saya bermain bola sejak bangku sekolah rendah menolak saya untuk mencoret artikel sebegini. Daripada sekelumit rasa sedih melihat falsafah bola orang ramai, saya raih kekuatan menulis di pagi hari selepas subuh. Tak lupa, Zubair juga sebagai faktor. ^_^


FALSAFAH BOLA KITA (Jundiyah, Daawiyah, Intisyar Fikrah)


1. Disiplin


Kebanyakan tahap disiplin boleh dinilai dari sudut ketepatan masa. Kalau temu janji pukul 10.00 pagi, maka 10.01 pagi adalah lewat menurut perspektif duat. Malangnya, ramai yang anggap perkara ini remeh. Lewat 10 minit pun masih berlenggang-kangkung.


Saya bawakan beberapa kisah sebagai motivasi.


Sejarah bola Suq Sayyarat merakamkan, bahawa ada seorang mahasiswa yang berbadan gempal, tidak kuat berlari dan tidak banyak skill dalam beraksi. Namun, dia dipilih sebagai pemain terbaik Suq Sayyarat satu masa dahulu. Dia berkata kepada ikhwahnya, “Antum ni saja nak perli ana”. Ikhwahnya menjawab, “Tak. Enta memang layak. Sebelum orang lain sampai ke padang, entalah yang selalu sampai dulu”.


Seorang ahli falsafah Barat pernah mengatakan, “Datang awal tiga jam lebih baik daripada lambat lima minit”.


2. Pimpin dan Taat


Elok untuk setiap pasukan melantik seorang kapten sebelum bermain, walaupun hanya main saja-saja. Hal ini kerana bermain secara teratur itu lebih baik daripada main-main, walaupun kalah.


Bila ada kapten, maka wujud unsur taat dan pimpin. Kapten perlu bijak menyusun strategi, memberi arahan “serang” dan “bertahan”, banyak bersuara dan menukar-nukar posisi anak buahnya supaya semua merasa.


Tukar-tukar posisi mewujudkan rasa rendah diri dalam jiwa anak buah. Katakan Zubair seorang striker yang lincah, tetapi tidak cekap menjaga kawasan pertahanan. Perlukah dia menjadi defender? Saya jawab “Perlu”, dengan alasan mengurangkan egonya selaku penjaring sekaligus faktor kemenangan utama, selain mendidiknya percaya kepada rakan sepasukan lain dan taat pada arahan walaupun sukar.


Bila anak buah memahami manhaj sebegini, maka tidak timbul isu “asyik aku je jadi keeper, aku nak naik jugak!”.


Selain itu, anak buah yang taat perlu percaya dengan strategi kaptennya, terutama dalam urusan “serang!” dan “bertahan!”. Kalau kapten putuskan untuk defensive, maka berkampunglah kita. Kalau offensive, semua orang naik. Dan jangan sekali-kali lari dari posisi atau langgar arahan. Cukuplah medan Uhud sebagai pengajaran.


3. Tak Kenal Putus Asa


Saya sedikit kecewa melihat pasukan yang prestasinya menjadi lembik apabila ketinggalan banyak gol, sedangkan tempoh perlawanan masih panjang. Bagi saya, “once you learn to quit, you’ll quit forever”. So, main sampai habis. Kita belum kalah. Semangat Liverpool menjuarai Champions League 2005 perlu dicontohi.





Saya tonton perlawanan ini secara live. 4.00 pagi.

Tanya pada diri kita, “Kamu main untuk menang sahajakah?”. “Tak, tapi ada nilai-nilai lain yang perlu saya dapatkan!”. Maka, main sampai habis dengan semangat juang yang berkobar-kobar, walapun ketika itu papan markah menunjukkan 6-0.


Ambillah semangat dari kata Nabi Yaakub kepada anak-anaknya, “Wala taiasu min rauhillah”- surah Yusuf, 87.


4. Kuatkan Tubuh Badan


Buat stretching betul-betul. Jogging bagi cukup, jangan mengelat! Usahakan peningkatan dari minggu ke minggu. We must gain something from years of play. Bukankah ibadah di mihrab dan senaman di padang itu kedua-duanya keperluan dan hak badan? Maka sama saja; bola sepak juga boleh menghampirkan diri kita kepada Allah, serupa macam munajat di sepertiga akhir malam. Cuma kuantitinya berbeza. Munajat yang diperlukan lebih banyak.


Dalam sela-sela masa yang ada, usahakan untuk berlumba lari dengan teman kita. Kita tengok siapa laju. Atau lawan pumping. Semuanya untuk amal kita suatu hari nanti.


5. Dakwah Fardiyah


Dengan bola, kita bisa kenal ramai orang. Dari kenal, boleh jadi ziarah. Dari ziarah, boleh jadi rapat dan saling menasihati. Sampai dan kongsikan fikrah anda. Nikmat faham itu bukan sekadar anugerah, tetapi juga amanah.


Mulakan langkah dengan menghadiahkan semangkuk dadih. Kemudian taaruf. Kenali keluarganya dalam-dalam. Untuk seterusnya, …saya serahkan pada anda.


Saya bersyukur. Di Suq Sayyarat, setiap kali tamat perlawanan, kami akan dihidangkan dengan pengisian rohani. Dari situlah kami belajar mengingati mati, cara pemakanan yang sihat, hak-hak ukhuwwah dan perkongsian isu-isu semasa. Tak kurang, pengumuman untuk membina rumah tangga, disusuli ucapan tahniah dan mabruk. ^_^


PENUTUP


Hakikatnya, masih banyak ruang yang boleh diisi dalam bola sepak, selain lima perkara di atas. Kesimpulan saya; siapapun anda, anda berpeluang menjadi orang yang pandai bermain bola dengan memenuhi kriteria di atas.


Andai kita menilai kekuatan atau kebolehan itu dari aspek fizikal sahaja, maka kita salah. Ia perlu holistik; melibatkan disiplin, komitmen dan istiqamah. Ambillah Syeikh Ahmad Yasin yang ‘lemah’ tetapi digeruni musuh sebagai pengajaran.


Sebagai penutup kata, saya kongsikan kata-kata Ibnu Taimiyah:


“Bola sepak itu, jika pemainnya meniatkan manfaat di mana dia menggunakannya untuk serangan dan bertahan, masuk dan keluar, dengan matlamat latihan jihad yang disyariatkan Allah dan Rasul-Nya, maka ia adalah baik” –buku Bola Sepak dalam Kaca Mata Islam, karangan Sami Hallabah.


Wallahu waliyyut taufiq. “I’malu ala dauda syukra”- Surah Saba’, 13.




Suq Sayyarat: Suasana lepas Subuh pada hari Jumaat


"Tak apa, luka anda adalah luka berpahala!" -kata aslafuna


Di Suq Sayyarat, saya mengenali remaja ini.
Rupanya Abdullah Azzam adalah teman adik saya di sekolah.