Wednesday 6 May 2009

...الإمتحان في أتابة الباب...

Bismillahirrahmanirrahim (ikhlaskan niat..)

Bagi sesetengah orang, peperiksaan memang menyeronokkan. Selain menganggapnya sebagai musim pertapaan seorang ulat buku, golongan ini mendakwa waktu tersebut merupakan waktu yang paling optimum dalam memahami ilmu. Entah kenapa pada waktu itu, semua yang sukar menjadi mudah difahami. Boleh jadi juga, mereka itu golongan yang sukakan cabaran. Anda sukakan cabaran?

Jujurnya, saya sedikit cenderung pada golongan ini. Namun saya berpendapat pemikiran sebegini perlu diubah, kerana peperiksaan itu bukanlah sesuatu yang wujud sampai ke tua. Dalam masa yang sama, ia menampakkan kelemahan tarbiyah dzatiyah seseorang. Seharusnya mahasiswa itu ikhlas, tidak menunggu apa-apa faktor mendatang, kerana Allah itu sentiasa ada dan umat itu di posisi yang kritikal.

'Rehat' Paling Keren!

Hehe, sengaja meminjam istilah Indonesia. ‘Keren’ membawa maksud hebat. Itu kata kawan saya; Agus Sitiawan namanya.

Banyak perkara yang orang buat untuk maintain mood study. Ada yang makan sedap-sedap. Ada yang tengok Adebayor VS Ronaldo. Tak kurang yang duduk dalam bilik menonton Laskar Pelangi (sudah tonton?).

Satu suasana di Mesir, ketika ahli bait sebuah rumah sedang ramai-ramai menelaah di ruang tamu, seorang daripadanya merehatkan minda sambil menonton filem tentang Palestin. Tak sampai lima minit, ahli-ahli bait yang tadi menatap buku Fiqh tu sudah berada di keliling monitor; ambil masa tonton juga, sebab macam best. Bila filem habis, semangat jadi macam kari dalam kawah panas…





-[Hasan Abdul Halim sedang menunggu bas untuk ke Al-Azhar]-

kenangan :P

Sembang-Sembang Musim Exam

Apabila dua kenalan bertemu, biasanya soalan itu adalah perbualan yang sama. Berikut saya perturunkan sembang-sembang yang paling acap didengari:

-“Dah habis baca? Dah hafal?”
-“Doktor dah bagi muqorror dan mahzuf?”
-“Ana bukan macam enta. Enta mumtaz sofi, insyaAllah”
-“Exam bila? Syafawi?”
-“Doakan ana eh”

Anda biasa dengar? Ataupun anda salah seorang penuturnya? Bagaimana kalau kita ubah pola dialog kita menjadi sedkit serius?

-“Apa khabar tilawah enta musim-musim exam ni?”
-“Ziarah enta? Qiyam? Solat Jamaah?”
-“Dalam banyak-banyak yang enta baca, banyak mana yang enta betul-betul faham sehingga boleh amalkan?”
-“Kalau dah kerja keras, insyaAllah lulus. Kalau tak, sangka baik saja dengan Allah”
-“الإمداد بقدر الإستعداد” (Pertolongan Allah datang mengikut kadar persediaan)

Penutup





Sebetulnya, ketika menulis ini saya sedang bersama buku kerana esok ada ujian lisan (Al-Quran, Fiqh Syafie, Usul Fiqh, Fiqh Perbandingan Mazhab). Sebagai kata-kata akhir, saya catatkan soalan yang saya ‘spot’ untuk esok. Moga-moga ia ditanya doktor. Doakan saya sukses ya. Jumpa lagi! :)

1. Ya ibni Malizie, iqra’ awwal suratil Baqarah. (Al-Quran)
2. Mabruk! Al-aan, uzkur aqwalal ulama ‘an ru’yatil hilal wa uzkur ar-rojih indak. (Fiqh Perbandingan)
3. Barakallahu feek! As-sual min fiqh syafie; Uzkur hukm qiroatil fatihah ma’a dalil wa wajhu dilalah. (Fiqh Syafie)
4. Gameel! Akhir sual; ma huwa al-wajib? Uzkur kullu qismihi maal misal. (Usul fiqh)

Good Luck buat Syafiq, Arif, Hafiz, Hakim, Ahmad, Miftah, Edy, Agus, Fauzan dan semua teman kuliah Syariah seMalaysia dan seIndonesia”