Thursday 7 May 2009

Peninggalan Baginda



Langit Kaherah masih gelap. Hawa subuh itu agak hangat. Tiupan angin sedang-sedang saja. Kelihatan beberapa kenderaan mula menyusur jalan raya. Hari baru ini perlu dimulakan dengan bersemangat dan penuh pengharapan. Semalam yang sudah lepas menjadi satu catatan pengalaman dan cermin muhasabah.

Hanafi bangkit dari teleku usai solat menuju rak Al-Quran. Mushaf dicapai dan tiang besar ‘kosong’ dicari. Dia bersandar dan bersila sambil membelek halaman tilawahnya. Saat dia melafaz Al-Fatihah sebagai pembuka, seorang lelaki yang kelihatan agak berumur menyapa.

“Assalamualaikum. Hanafi ya?”,lelaki itu memulakan bicara.

“Waalaikumussalam Ustaz. Ya, tak salah”, jawabnya. “Bila Ustaz sampai?”, tanya Hanafi spontan.

“Semalam. Dari Makkah” balas lelaki itu. Santai.

Mereka berdua saling bertanya khabar. Sebetulnya, Hanafi memang kenal Ustaz Imron lewat blognya dan ceramahnya. Cuma Ustaz Imron hanya mengenal dirinya secara ‘kenal-kenal’ sahaja.

Mereka tidak memerlukan masa yang lama untuk menjadikan perbualan itu sedikit serius. Selepas bertukar cerita sekadarnya, Hanafi bertanya,

“Ustaz Imron, zaman sekarang ni ramai yang kata kita perlu menguasai ekonomi bagi mempertahankan Islam, maka timbullah istilah ‘Jihad Ekonomi’. Tak kurang yang lebih cenderung kepada politik. Teknologi dan pembangunan pun ada juga. Dalam banyak-banyak idea ni, yang mana satu sepatutnya menjadi prioriti kita?”.

Ustaz Imron yang sejak tadi mendengar dengan penuh teliti membuang pandangan ke luar masjid sebentar. Kemudian dia bersuara,

“Enta tahu kan ana selalu berulang-alik ke Makkah dan Madinah menguruskan jamaah haji dan umrah? Macam ni. Ana tengok di luar Masjid Nabawi tu, tidak ada tinggalan bangunan-bangunan besar. Yang ada cuma rumah-rumah je. Kalau enta pergi ke Sepanyol, enta akan jumpa pemandangan yang berbeza; monumen megah seperti Masjid Cordova, Istana Al-Hambra, universiti, perpustakaan dan gedung-gedung boleh dikatakan berselerak di sana”

“Nabi Muhammad (SAW) itu tidak meninggalkan sebarang pencakar langit, atau simbol kebesaran atau identiti pembangunan. Hal ini kerana benda-benda ini tidak dapat bergerak. Sekadar stay di tempatnya dan dinikmati orang ramai. Contohnya macam Piramid dan Abu Houl (Sphinx) di Mesir ni”, tambah Ustaz Imron.

“Namun Baginda meninggalkan rijal…”.

Kata-kata “Baginda meninggalkan rijal” sedikit menyentak pemikiran Hanafi, dan terus terngiang-ngiang di telinganya. Ustaz Imron menyambung bicara,

“Justeru kita mendapati makam Zaid Harithah, Jaafar Abu Talib dan Abdullah Rawahah di Jordan. Makam Abu Ayub Al-Ansori di Turki. Di China, ada makam Saad bin Abi Waqas. Bermula di Semenanjung Hijaz, mereka berakhir syahid penuh wibawa di serata dunia. Itu semua adalah apa yang Nabi Muhammad (SAW) tinggalkan”.


(Makam Zaid Harithah di Kerak, Jordan)

Mereka berdua terus bersembang. Mushaf yang tadi dibuka sekadar dipegang di atas paha. Sedar-sedar, imam masjid mencelah bagi memberitahu mereka sebentar lagi masjid akan ditutup. Waktu dhuha telah masuk.

Hanafi mengambil seliparnya di rak dan berjalan bersama Ustaz Imron menuju kedai ‘asir. Mukanya berseri-seri, seakan baru mendapat sesuatu yang lama diidam-idamkan. Tidak lama, kelibat mereka hilang dari ‘pandangan’ masjid itu…

## Kisah ini adalah dedikasi khas buat:

Abdullah Azzam Jailani (25 April 1993)

yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada April lepas. “Sanah helwah ya Gameel! ” :D

Wednesday 6 May 2009

...الإمتحان في أتابة الباب...

Bismillahirrahmanirrahim (ikhlaskan niat..)

Bagi sesetengah orang, peperiksaan memang menyeronokkan. Selain menganggapnya sebagai musim pertapaan seorang ulat buku, golongan ini mendakwa waktu tersebut merupakan waktu yang paling optimum dalam memahami ilmu. Entah kenapa pada waktu itu, semua yang sukar menjadi mudah difahami. Boleh jadi juga, mereka itu golongan yang sukakan cabaran. Anda sukakan cabaran?

Jujurnya, saya sedikit cenderung pada golongan ini. Namun saya berpendapat pemikiran sebegini perlu diubah, kerana peperiksaan itu bukanlah sesuatu yang wujud sampai ke tua. Dalam masa yang sama, ia menampakkan kelemahan tarbiyah dzatiyah seseorang. Seharusnya mahasiswa itu ikhlas, tidak menunggu apa-apa faktor mendatang, kerana Allah itu sentiasa ada dan umat itu di posisi yang kritikal.

'Rehat' Paling Keren!

Hehe, sengaja meminjam istilah Indonesia. ‘Keren’ membawa maksud hebat. Itu kata kawan saya; Agus Sitiawan namanya.

Banyak perkara yang orang buat untuk maintain mood study. Ada yang makan sedap-sedap. Ada yang tengok Adebayor VS Ronaldo. Tak kurang yang duduk dalam bilik menonton Laskar Pelangi (sudah tonton?).

Satu suasana di Mesir, ketika ahli bait sebuah rumah sedang ramai-ramai menelaah di ruang tamu, seorang daripadanya merehatkan minda sambil menonton filem tentang Palestin. Tak sampai lima minit, ahli-ahli bait yang tadi menatap buku Fiqh tu sudah berada di keliling monitor; ambil masa tonton juga, sebab macam best. Bila filem habis, semangat jadi macam kari dalam kawah panas…





-[Hasan Abdul Halim sedang menunggu bas untuk ke Al-Azhar]-

kenangan :P

Sembang-Sembang Musim Exam

Apabila dua kenalan bertemu, biasanya soalan itu adalah perbualan yang sama. Berikut saya perturunkan sembang-sembang yang paling acap didengari:

-“Dah habis baca? Dah hafal?”
-“Doktor dah bagi muqorror dan mahzuf?”
-“Ana bukan macam enta. Enta mumtaz sofi, insyaAllah”
-“Exam bila? Syafawi?”
-“Doakan ana eh”

Anda biasa dengar? Ataupun anda salah seorang penuturnya? Bagaimana kalau kita ubah pola dialog kita menjadi sedkit serius?

-“Apa khabar tilawah enta musim-musim exam ni?”
-“Ziarah enta? Qiyam? Solat Jamaah?”
-“Dalam banyak-banyak yang enta baca, banyak mana yang enta betul-betul faham sehingga boleh amalkan?”
-“Kalau dah kerja keras, insyaAllah lulus. Kalau tak, sangka baik saja dengan Allah”
-“الإمداد بقدر الإستعداد” (Pertolongan Allah datang mengikut kadar persediaan)

Penutup





Sebetulnya, ketika menulis ini saya sedang bersama buku kerana esok ada ujian lisan (Al-Quran, Fiqh Syafie, Usul Fiqh, Fiqh Perbandingan Mazhab). Sebagai kata-kata akhir, saya catatkan soalan yang saya ‘spot’ untuk esok. Moga-moga ia ditanya doktor. Doakan saya sukses ya. Jumpa lagi! :)

1. Ya ibni Malizie, iqra’ awwal suratil Baqarah. (Al-Quran)
2. Mabruk! Al-aan, uzkur aqwalal ulama ‘an ru’yatil hilal wa uzkur ar-rojih indak. (Fiqh Perbandingan)
3. Barakallahu feek! As-sual min fiqh syafie; Uzkur hukm qiroatil fatihah ma’a dalil wa wajhu dilalah. (Fiqh Syafie)
4. Gameel! Akhir sual; ma huwa al-wajib? Uzkur kullu qismihi maal misal. (Usul fiqh)

Good Luck buat Syafiq, Arif, Hafiz, Hakim, Ahmad, Miftah, Edy, Agus, Fauzan dan semua teman kuliah Syariah seMalaysia dan seIndonesia”