Wednesday 8 September 2010

See You Again! ^_^

Bismillah (Taqabbal minna ya Rabb)


Esok dah nak raya. Sedar atau tidak, kita akan merayakan 2 hari raya secara serentak. Hal ini kerana Eid Fitri 1431H jatuh pada hari Jumaat, yang juga merupakan hari raya muslimin.


Di sebalik kegembiraan menyambut lebaran, saya pasti di sana ada jiwa muttaqin yang sedang kesedihan dek ditinggal Ramadhan.


Di samping itu, ada jiwa rabbani yang bimbang akan penerusan amalnya selepas ramadhan. Yalah, ramadhan itu datang dan pergi, sedangkan Allahu itu Maha Hidup dan tidak akan mati.


Seakan pembantu dan pendorong, Jumaat si penghulu hari tampil. Boleh jadi Jumaat ini mahu bersuara, “Wahai hamba Allah yang baru saya berjaya dalam Madrasah Ramadhan, aku adalah Jumaat pertamamu selepasnya. Manfaatkanlah aku sebagaimana engkau mencari Tuhanmu di dalamnya”.


Semasa saya di Mesir, seorang teman saya bertanya , “Dah khatam al-Quran? Hari ni dah 1 Dzul Qaedah”.



KELEBIHAN HARI JUMAAT


Saya pernah melihat status FB yang berbunyi, “Esok hari Jumaat. Moga kita mendapat pahala korban seekor unta”. Anda tahu apa maksudnya?


Ketika tadarus juz 28, saya terjumpa hadis ini dari Tafsir Ibnu Katsir:


من اغتسل يوم الجمعة غسل الجنابة, ثم راح فكأنما قرب بدنة,

ومن راح في الساعة الثانية فكأنما قرب بقرة,

ومن راح في الساعة الثالثة فكأنما قرب كبشا أقرن,

ومن راح في الساعة الرابعة فكأنما قرب دجاجة,

ومن راح في الساعة الخامسة فكأنما قرب بيضة,

فإذا خرج الإمام حضرت الملائكة يستمعون الذكر.


Maksudnya:

Rasul SAW berkata:

Barangsiapa ‘mandi besar’ pada hari Jumaat lalu berangkat pada waktu pertama, seakan-akan dia telah berkorban seekor unta.

Barangsiapa berangkat pada waktu kedua, seolah-olah dia berkorban seekor lembu.

Barangsiapa berangkat pada waktu ketiga, seolah-olah dia berkorban seekor kambing bertanduk,

Barangsiapa berangkat pada waktu keempat, seolah-olah dia berkorban seekor ayam,

Barangsiapa berangakat pada waktu kelima, seolah-olah dia berkorban sebiji telur.

Apabila imam telah naik atas mimbar, malaikat pencatat duduk mendengar khutbah.

(Hadis riwayat Bukhari [881] dan Muslim [850])


Tercatat juga dalam hadis yang lain, bahawa ada tawaran untuk mendapat pahala puasa dan solat selama setahun. Selain itu, ada juga tawaran penghapusan dosa antara Jumaat dengan Jumaat. Hadisnya anda boleh cari dalam Tafsir Ibnu Katsir.



SIGNIFIKAN


Dengan demikian, boleh dikatakan Jumaat 10 September 2010 merupakan indicator penting bagi mengukur penghasilan Ramadhan 1431H. Momentum kita masih kuat. Pendorong (hari Jumaat) juga tak kalah hebatnya.


Semoga kita benar-benar menjadi ruh baru selepas Madrasah Ramadhan. Ummat menanti prestasi cemerlang kita dengan ‘enjin’ yang baru ini.



KENANGAN RAMADHAN MALAYSIA 1431H


Ada dua perkara yang amat menggembirakan saya.


Pertama: Qiyamullail Surau An-Nur

Bermula jam 12.30 pagi, mereka menghabiskan 3 juzuk dalam 12 rakaat solat Tahajjud. Setiap kali lepas 2 rakaat, seorang ustaz Indonesia (Ust Asri Lubis) menyampaikan tadabbur bacaan imam hafiz yang masih bersekolah itu. Dengan suasana kelam disertai sejuk air-cond, 3 jam setengah itu amat menyeronokkan! ^_^


















Kedua: Iktikaf Perdana UIAM

Dihadiri kira-kira 300 ikhwah seluruh Selangor, termasuk budak sekolah rendah dan pakcik-pakcik veteran, saya terharu hampir menangis. Tazkirah Ust Rusdi Alias memang kena pada sasarannya. Yang paling tak boleh dilupakan ialah sembang-sembang dengan adik-adik sekolah menengah.

















PENUTUP

Sekian saja. Taqabbalallahu minna wa minkum. Eid Saied. Kullu aam wa antum ilallahi aqrab. ^_^