Bismillah (Taqabbal minna ya Rabb)
Esok dah nak raya. Sedar atau tidak, kita akan merayakan 2 hari raya secara serentak. Hal ini kerana Eid Fitri 1431H jatuh pada hari Jumaat, yang juga merupakan hari raya muslimin.
Di sebalik kegembiraan menyambut lebaran, saya pasti di sana ada jiwa muttaqin yang sedang kesedihan dek ditinggal Ramadhan.
Di samping itu, ada jiwa rabbani yang bimbang akan penerusan amalnya selepas ramadhan. Yalah, ramadhan itu datang dan pergi, sedangkan Allahu itu Maha Hidup dan tidak akan mati.
Seakan pembantu dan pendorong, Jumaat si penghulu hari tampil. Boleh jadi Jumaat ini mahu bersuara, “Wahai hamba Allah yang baru saya berjaya dalam Madrasah Ramadhan, aku adalah Jumaat pertamamu selepasnya. Manfaatkanlah aku sebagaimana engkau mencari Tuhanmu di dalamnya”.
Semasa saya di Mesir, seorang teman saya bertanya , “Dah khatam al-Quran? Hari ni dah 1 Dzul Qaedah”.
KELEBIHAN HARI JUMAAT
Saya pernah melihat status FB yang berbunyi, “Esok hari Jumaat. Moga kita mendapat pahala korban seekor unta”. Anda tahu apa maksudnya?
Ketika tadarus juz 28, saya terjumpa hadis ini dari Tafsir Ibnu Katsir:
من اغتسل يوم الجمعة غسل الجنابة, ثم راح فكأنما قرب بدنة,
ومن راح في الساعة الثانية فكأنما قرب بقرة,
ومن راح في الساعة الثالثة فكأنما قرب كبشا أقرن,
ومن راح في الساعة الرابعة فكأنما قرب دجاجة,
ومن راح في الساعة الخامسة فكأنما قرب بيضة,
فإذا خرج الإمام حضرت الملائكة يستمعون الذكر.
Maksudnya:
Rasul SAW berkata:
Barangsiapa ‘mandi besar’ pada hari Jumaat lalu berangkat pada waktu pertama, seakan-akan dia telah berkorban seekor unta.
Barangsiapa berangkat pada waktu kedua, seolah-olah dia berkorban seekor lembu.
Barangsiapa berangkat pada waktu ketiga, seolah-olah dia berkorban seekor kambing bertanduk,
Barangsiapa berangkat pada waktu keempat, seolah-olah dia berkorban seekor ayam,
Barangsiapa berangakat pada waktu kelima, seolah-olah dia berkorban sebiji telur.
Apabila imam telah naik atas mimbar, malaikat pencatat duduk mendengar khutbah.
(Hadis riwayat Bukhari [881] dan Muslim [850])
Tercatat juga dalam hadis yang lain, bahawa ada tawaran untuk mendapat pahala puasa dan solat selama setahun. Selain itu, ada juga tawaran penghapusan dosa antara Jumaat dengan Jumaat. Hadisnya anda boleh cari dalam Tafsir Ibnu Katsir.
SIGNIFIKAN
Dengan demikian, boleh dikatakan Jumaat 10 September 2010 merupakan indicator penting bagi mengukur penghasilan Ramadhan 1431H. Momentum kita masih kuat. Pendorong (hari Jumaat) juga tak kalah hebatnya.
Semoga kita benar-benar menjadi ruh baru selepas Madrasah Ramadhan. Ummat menanti prestasi cemerlang kita dengan ‘enjin’ yang baru ini.
KENANGAN RAMADHAN MALAYSIA 1431H
Ada dua perkara yang amat menggembirakan saya.
Pertama: Qiyamullail Surau An-Nur
Bermula jam 12.30 pagi, mereka menghabiskan 3 juzuk dalam 12 rakaat solat Tahajjud. Setiap kali lepas 2 rakaat, seorang ustaz Indonesia (Ust Asri Lubis) menyampaikan tadabbur bacaan imam hafiz yang masih bersekolah itu. Dengan suasana kelam disertai sejuk air-cond, 3 jam setengah itu amat menyeronokkan! ^_^
Kedua: Iktikaf Perdana UIAM
Dihadiri kira-kira 300 ikhwah seluruh Selangor, termasuk budak sekolah rendah dan pakcik-pakcik veteran, saya terharu hampir menangis. Tazkirah Ust Rusdi Alias memang kena pada sasarannya. Yang paling tak boleh dilupakan ialah sembang-sembang dengan adik-adik sekolah menengah.
PENUTUP
Sekian saja. Taqabbalallahu minna wa minkum. Eid Saied. Kullu aam wa antum ilallahi aqrab. ^_^
3 comments:
ust asri lubis.. oh, kenal ust satria hadi lubis? dia dari indonesia juga. macam adik beradik je.. ust hadi lubis pakar pasal usrah. cubalah search di internet.
Bilal..pohon dengan amat : kongsikan isi kandungan tazkirah Ust Rusdi.
-Itikaf ISMA di UIA-
Kuliah Dhuha oleh Ust Rusydi Alias, Ketua Biro HRD ISMA.
Peserta iktikaf ~300 orang
************
1) taqwa tu ialah, imam syafie bagi 3 kayu ukur ketaqwaan (which is the objective of ramadhan)
a. pemurah di saat sedikit
b. waraq - meninggalkan perkara syubhah di saat keseorangan
c. tetap berkata benar
and then tanggungjawab terhadap quran ialah tilawah, faham, hafaz, tasdiq (membenarkan/melaksanakan/mengamalkan)
-----------
2) ibn qayyim: bentuk peminggiran drp alquran
a. xnak/kurang dgr pun
b. pinggirkan beramal dgn alq -perlaksanaan
c. x gunakan ia dlm pengegakan hukum hakam
d. x mahu ambil penawar utk penyakit hati dgn alqr
e. x mahu tadabbur/menghayatinya atau x usahakan utk tahu ajaran2 dlm alq
-------
3) BIRRUL WAALIDAIN (berbuat baik kpd ibu bapa)
knp alq selalu igtkan ttg perkara ni?
a. utk harap anak kita sdiri mentaati kita dgn kita berbuat baik kpd parents kita sdiri (maksud hadith)
b. ketegasan kita dalam mjaga syariat akan pastikan org sekeliling kita jg mjaga syariat (anak, isteri etc)
c. tiada seorg anak yg berbuat baik yg mlihat kpd ibu bapanya dgn.pandangan rahmah, Allah akan menulis kpdnya haji yg mabrur sahabat tya: kalau seseorg pdg parent dia seratus kali, maka seratus kali pahalakah? jawab nabi: YA. Allah itu Maha Besar. (maksud hadith)
d. siapa yg dia suka Allah pjgkan umurnya [ulama kata: keberkatan umur], ditambah rezekinya, maka hendaklah dia melakukan 2 perkara: berbuat baik kpd parents dan menghubungkan silaturrahim (maksud hadith)
-------------
4) selain drp eidulfitri n eiduladha, 'hari raya2' yg seorg mukmin boleh bergembira di utknya:
a) berlalunya satu hari seorg mukmin tanpa ia sbrg melakukan maksiat
b) ketikamana kita mhembuskan nafas terakhir dgn keimanan yg masih mantap jiwa
- oleh itu ulama mengesyorkan kita merancang kematian kita.
- sesorg itu akan mati dlm amal yg plg byk dia lakukan. (eg dlm solat ketika berdakwah, di pjbt, di shopping mall etc)
c) ketikamana ia berjaya melepasi titian sirat dan kita terlepas drp api neraka
d) saat ketikamana dia bjaya masuk syurga.
- imam ahmad ditanya: bilakah seorg mukmin itu boleh berehat? jawabnya: ketikamana sblh kakinya telah memijak masuk ke dlm syurga.
e) hari di mana org beriman dpt melihat ke 'wajah' Allah
-anugerah Allah yg paling besar
Post a Comment