Wednesday 28 November 2007

Satu harapan

Assalamualaikum wbt.

Bertemu lagi kita di laman ini. Terdetik di hati untuk kembali aktif menulis blog ini. Antara faktornya ialah lapangan masa dan kemudahan menggunakan internet di rumah. Apapun, tujuan utama blog ini kembali ditulis ialah demi merealisasikan satu harapan.

Harapan untuk melihat generasi muda menghayati Islam dalam kehidupan mereka dgn bersungguh-sungguh, bak kata Albanna rahimahullah, "Pemuda ialah rahsia penting setiap kebangkitan". Kalau tidak kita, siapa lagi? Dan harus diingat bahawa saya juga generasi muda.

Saya amat mengalu-alukan kritikan daripada anda. Wabillahi taufeeq wal hidayah, wassalamualaikum wbt.

No comments: