Bismillah… (Moga diterima amal ini).
Sudah tiga bulan saya tidak menulis di blog ini. Pagi tadi, sebelum solat Subuh, Allah campakkan minat dan idea untuk mencoret. Sebenarnya, saya bukan tidak menulis langsung. Dalam tempoh tiga bulan ini, dua penulisan telah saya terbitkan; Kisah Telefon Bimbit dan Reunion G5. Cuma di blog lain. ^_^
Coretan kali ini agak sedikit lain. Saya gabungkan segala perasaan yang wujud dalam diri saya ketika ini dan memaparkannya pada anda. Mereka ialah persediaan Ramadhan, rindu Mesir dan solusi ummat.
Baru-baru ini, Kashmir gegar lagi. Saya pernah bertanya kepada seorang rakan dari Pakistan di UIAM tentang Kashmir. Dia kata dah selesai. Rupanya masih panas. Bandar Srinagar yang bermajoriti muslim kecoh dengan demonstrasi anti-India. Setakat 2 Ogos, 33 orang telah maut. Keadaan memburuk apabila banjir melanda Kashmir di bahagian lain semalam.
Allahul mustaan.
(Pemandangan di Kashmir)
Di celah-celah kemelut ini, Allah hadirkan ramadhan. Setiap kita berlumba-lumba membaca Al-Quran. Menurut Dr Wahbah Zuhaili, membaca surah-surah panjang dalam solat adalah sunnah (Fiqhul Islami wa Adillatuh, edisi 2004, muka surat 928).
Baguslah. Khatamkan Al-Quran tu banyak kali. Sesungguhnya Al-Quran akan datang kepada pembacanya sebagai pemberi syafaat di akhirat.
Disebabkan ramai yang dah highlight tentang Al-Quran, saya ambil kesempatan ini bercerita tentang sujud. Kebanyakan kita membaca (سبحان ربي الأعلى وبحمده) dalam sujudnya. Apa kata sempena ramadhan ni kita ubah sikit?
Ulama mazhab Syafie menambah bacaan sujud dengan lafaz berikut:
"سبوح قدوس رب الملائكة والروح, اللهم لك سجدت وبك آمنت ولك أسلمت, سجد وجهي للذي خلقه وصوره وشق سمعه وبصره, تبارك الله أحسن الخالقين"
(Berdasarkan hadis Aisyah RA, sila rujuk Fiqhul Islami wa Adillatuh edisi 2004, m/s 896)
Namun hal ini hanya untuk orang yang solat bersendirian dan imam bagi orang-orang yang reda dengan bacaan panjang.
Selain itu, kita juga disunnahkan berdoa semasa sujud, berdasarkan hadis:
"أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد, فأكثروا الدعاء, فقمن أن يستجاب لكم" –رواه أحمد ومسلم
Demikianlah tasbih dan doa. Maknanya, panjanglah sujud kita lepas ini. Tak apa, kerana tasbih yang banyak itu mengukuhkan kekuasaan (التسبيح يشد الملك - الرقائق). Hal ini berdasarkan firman Allah:
"إنا سخرنا الجبال معه يسبحن بالعشي والإشراق. والطير محشورة كل له أواب. وشددنا ملكه..." – (سورة ص, 18- 20)
Moga dengan kukuhnya kuasa kita, Kashmir kembali aman.
Hasbunallahu wa ni’mal wakil. Selamat Menyambut Ramadhan 1431H.
Nota: Ketika membelek buku ini di perpustakaan, saya terkenang Syed Israa', Ali Baharom, Thaaqhib dan lain-lain. Dalam masa yang sama, saya terkenang Ramadhan di tempat mereka. Moga Allah pertemukan kita suatu hari nanti.
4 comments:
salam..;
sama la kite abg.bilal,
dah lama x menulis kan,
rindu pd penulisan x
terkate..kk..ziarah ana
punya blog tau..wslm..:)
salam ziarah.. =)
mantap bilal. bile boleh jumpe nta? ana kat mesia da nih. hehe
tulis aja
Post a Comment