Saturday, 26 December 2009

Pensyariatan Puasa Muharram






Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ibnu Abbas;

Ketika Rasulullah berpuasa Asyura dan menyuruh orang lain juga berpuasa, sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Asyura itu hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani”. Maka Rasulullah berkata, “Kalau begitu, insyaAllah tahun depan kita puasa hari yang kesembilan”. Namun ketika masuk tahun baru itu, Rasulullah telahpun wafat.

Ulama mengatakan bahawa puasa Asyura menghapuskan dosa-dosa kecil tahun sebelumnya. Andai tiada dosa kecil, maka diharap meringankan dosa besar. Andai tiada dosa besar, maka darjat seseorang itu akan diangkat.


Sebelumnya, puasa Asyura adalah fardhu buat umat Islam. Ia dinasakhkan dengan puasa Ramadhan.

Syafiiyah dan Hanafiyah berpendapat: Sunat puasa hari kesebelas Muharram sekiranya seseorang itu tidak puasa pada hari kesembilan. Hal ini bagi mengelakkan penyerupaan amalan Yahudi yang berpuasa Asyura.


Ibnu Abbas meriwayatkan:

Rasulullah bersabda, “Berpuasalah pada hari Asyura dan bezakanlah puasa kamu itu dengan puasa Yahudi. Maka puasalah sehari sebelumnya atau sehari selepasnya” (Musnad Imam Ahmad).


(Terjemahan bebas daripada kitab Fiqh Perbandingan Tahun Satu, karangan Dr Saaduddin Mas’ad Helaly)


Moga bermanfaat! ^_^


(Chaiyok! Ganbate! 20 days to go.)






1 comment:

muhammad_alfateh said...

Ipah dah komen ke belum? ^_^