Saturday, 26 December 2009

Muharram 1431H


Bismillah… (Allahumma fayshad)

Sempena bulan Allah yang mulia ini, saya cuba kongsikan beberapa khotiroh ulama Mesir. Semuanya sekitar hijrah Rasul SAW. Walaupun awal muharram sudah seminggu berlalu, rasanya post ini masih relevan, kerana hijrah Rasul itu berlaku sekitar akhir Safar hingga awal Rabiul Awwal. Selamat membaca. ^_^

Intro

Usai solat Zohor di masjid Sahabat, saya bertanya kepada seorang teman,

“Syeh, enta dah kahwin. Apa pendangan enta kalau isteri enta diberi kepada orang lain?”

“Gila”, spontan dia menjawab.

“Tapi, itulah yang sahabat Rasulullah SAW buat”, saya menyambung.

“Ya tak ya juga”.

Tamat perbualan.

Tasamuh Ansar-Muhajirin

Memang. Semua nikmat yang dikurniakan boleh di‘panjang-panjang’kan kepada orang lain. Kereta mewah seorang kaya. Buku kesayangan seorang pelajar. Juga komputer riba anak muda. Namun bagi seorang lelaki, tak mungkin belahan hatinya boleh di‘panjang-panjang’kan kepada orang lain. Tiada kompromi. Apa alasan pun!

Maka apa yang berlaku antara Saad bin Rabi’ dengan Abdul Rahman bin Auf merupakan dimensi baru dalam sejarah persahabatan antara dua insan. Saad mengatakan pada Abdul Rahman,

"أنظر إليهما, لأطلق أعجبهما لك فتتزوجها"

“Lihatlah pada dua isteriku ini. Aku akan talak wanita yang engkau suka, agar kau menikah dengannya”.

Tolak ansur apakah ini?

Taqwa adalah segala-galanya

Quba menjadi saksi pembinaan masjid pertama dalam Islam.

Masjid merupakan simbol taqwa. Taqwa berkait rapat dengan hati. Bukankah di dalam badan itu ada satu daging, kalau ia baik, baiklah seluruh badan dan jika ia buruk, buruklah seluruh badan?

Maka, sifir kita mudah. Hubungan antara Allah dan hamba-Nya menjadi asas terpenting dalam melakukan apa saja gerak kerja di muka bumi ini, baik memasak di dapur hinggalah membina negara makmur. Kalau hati kita baik, sedaplah masakan kita. Kalau hati kita kotor, hancurlah negara kita. Hihi. Apapun, ia hanya satu sifir mudah.

Daripada sifir itu, seseorang bertanya,

“Bagaimana dengan orang yang keputusan PMRnya cemerlang, tapi akhlaknya buruk?”.

Jawapan nakal saya, “Boleh jadi, kes itu antara dua; anda tidak tahu kebaikannya yang lain atau ia istidraj. You know yourself better”.

Lazimilah masjid. Masjid itu kekuatan kita. Di Mesir, arab yang bangun lambat pun datang solat di masjid, walaupun 20 minit sebelum syuruk.

Bersambung…

Dedikasi:

Tahniah buat Abdullah Azzam bin Jailani, Ibrahim Afif bin Khairulannuar, Ahmad Safwan bin Kamal Nasharuddin atas kejayaan dalam PMR 2009. Allah yaftah alaikum ^_^



3 comments:

muhammad_alfateh said...

Syahidi dah baca eh?

Abdullah Xuais said...
This comment has been removed by the author.
Jerry said...

Thanks for writing this.