Tuesday, 25 August 2009
Cari Apa?
Bismillah... (moga niat ini membawa ke syurga)
Assalamualaikum wbt. Marhaban bis shalihin! Marhaban buat yang sedang bersungguh-sungguh pulun di bulan yang mulia ini. Kalau boleh, doakan saya. :)
Sekadar sedikit perkongsian. Sengaja merenung kembali muntalaq Ramadhan kita walaupun sudah empat hari ia berlalu. Bagus juga; boleh tajdid niat.
Ada orang yang merasa berat ketika Ramadhan datang. Kenapa? Kerana dia fikir, kalau dia buat amal banyak-banyak pun, lepas raya nanti dia tinggalkan juga.
Ataupun dia fikir, kalau dia buat amal banyak-banyak, nanti lepas Ramadhan, banyaklah amal yang dia kena maintain. Kalau dia tak maintain, apa pula orang lain cakap.
Ada ke orang yang fikir macam tu? hm.. ada kot.
Saya rasa, matlamat kita dalam melalui sebulan Ramadhan ialah untuk capai reda dan maghfirah Allah swt. Sebab, kita tak tahu betapa banyak dosa kita. Dan siapa yang mahu mati kalau Allah belum reda padanya?
Maka kita harap, Ramadhan ini benar-benar membersihkan. Hilang segala karat-karat. Nurani suci berkilat.
Dan, tidak timbul soal khatam Al-Quran atau tidak; kerana yang penting bukan banyak, tetapi MEMBERSIHKAN.
"Qadiyyatuna laisa qadiyyatul a'mal. Qadiyyatuna qadiyyatu qabulil a'mal"
(Isu kita bukan isu amal. Isu kita ialah isu penerimaan amal)
Daripada perbincangan ini, timbullah satu kesimpulan: KUN RABBANIYAN, WALA TAKUN RAMADHANIYAN.
Sekian. Selamat beribadah. Sekali lagi, doakan saya :)
Dedikasi:
Tahniah buat Naufal bin Jailani yang akan melanjutkan pelajarannya ke bumi Allah Birmingham, UK. Jaga diri baik-baik. Bilal sedia membantu apa yang perlu, insyaAllah. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hehe.. Birmingham tu one of the major places kat UK. Specifically, Warwick ni area Coventry.. hehe..
salam ramadhan..
betul tu bilal..kdg2..sibuk sgt nak khatam..bace tunggang langgang..nak tadabbur lagi la payah..tapi jgn la pulak malas bace..
buat kerana Allah..bukan kerana ramadhan
to opal:
Tapi bilal search 'Warwick, Birmingham' kat google, ada je. Takpe, yg penting "siiru fil ard fanzuru kaifa badaal khalq"
to haidar:
Boleh kami join kuliah sirah? Eden ada bentang x?
Post a Comment