Bismillahirrahmanirrahim.
Pejam celik, sudah 21 tahun saya hidup. Tawa tangis, sudah setengah tahun saya melangkah di bumi Allah Mesir. Dan tidur bangun, sudah sebulan saya tidak menulis.
Sebetulnya, saya berpegang kepada beberapa prinsip dalam menulis. Prinsip itu kadang-kadang menahan saya daripada menulis walaupun mempunyai masa terluang dan minat yang membuak-buak.
Alhamdulillah, tulisan pada kali ini tetap berpegang dengan prinsip itu dan dalam masa yang sama, ia disertai dengan dedikasi buat Ayah dan Hanifah yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya tempoh hari.
Dengan semangat ini saya menulis. Moga dengannya, kasih sayang saya pada mereka terus subur berbunga. Tak lupa buat para pembaca sekalian, saya doakan tulisan ini menjadi penghubung antara kita, di samping meraikan gelora jiwa daie yang memenuhi segenap kehidupan anda.
Let's Begin!
Saya mulakan dengan sebuah kisah menyorot sejarah.
Pada zaman dahulu, Allah SWT telah memilih Bani Israel sebagai umat pilihan untuk menyampaikan risalah tauhid. Allah SWT meninggikan mereka berbanding mana-mana umat lain di dunia ini. Maka banyaklah rasul yang diutus kepada mereka.
Akibat leka dengan kemegahan yang diberi, mereka alpa dalam melaksanakan ‘kerjanya’. Mereka menjadi satu kaum yang tidak berhak mengenali hidayah, apatah lagi menyampaikannya kepada orang lain. Lebih buruk lagi, mereka bertindak menyeleweng risalah tersebut.
Maka malam isra’ mi’raj menyaksikan Nabi Muhammad SAW mengimami para mursalin di Al-Aqsa, sebagai simbolik peralihan tampuk peneraju risalah tauhid daripada Bani Israel kepada umat Muhammad SAW. Merekalah umat pilihan yang baru. Setiap seorang daripada mereka. Dari saat itu hinggalah kini…
Bekerja di Setiap Langkah
Status mulia kurniaan Allah SWT ini seharusnya disyukuri dengan azam tidak mengulangi apa yang telah dilakukan oleh Bani Israel. Selagi risalah ini tidak sampai kepada seluruh insan di dunia, selagi itulah kita layak dipersoalkan di mahkamah Allah SWT.
Risalah ini boleh disampaikan di mana-mana, pada bila-bila masa.
Kalau kita ini seorang yang suka berjalan ke kuliah seorang diri, maka kita boleh mengubah kebiasaan itu dengan berjalan bersama teman. Ketika menaiki bas, kita boleh mengukuh perkenalan dan berkongsi isu umat Islam terbaru. Contohnya kegagalan rundingan pembebasan tawanan antara Hamas dan Israel. Ataupun bercerita kisah perjuangan Syiekh Ahmad Yassin sempena menjelangnya tarikh memperingati kesyahidan beliau pada 22 Mac 2004.
Bola bukan sebarang bola. Kita turun ke padang dengan niat memperkukuh ikatan dengan mad’u. Sambil-sambil main, cuba-cubalah berinteraksi. Kalau hanya bermain bola semata-mata, saya rasa faktor itu tidak cukup kuat untuk menolak kita turun ke padang bola.
Janganlah kita sekali-kali mencuaikan risalah ini. Manfaatkan peluang di mana sahaja; di surau, kelas, waktu rehat, menunggu bas, membeli barang dapur dan lain-lain. Akhirnya, kita akan dapati di mana sahaja kita pergi, kita seolah-olah memikul beg yang besar dan berat, yang tak lain dan tak bukan merupakan bebanan dakwah.
"Eh, tu bukan dakwah fardiyah ke?"
Teori Arang
Ada tiga jenis arang.
Yang pertama; panas membara lagi besar menyala,
Yang kedua; separa terbakar dengan nyalaan api yang sederhana,
Yang ketiga; nyalaan kecil (macam nak tak nak je…)
Andai seorang pembakar sate Kajang menggunakan arang yang pertama, maka dia akan dapati arang itu perlahan-lahan membakar arang lain di sekitarnya, hingga wujud satu bara api yang besar dan panas, cukup untuk membakar sate Kajang.
Bagaimana jika dia menggunakan arang yang kedua? Hmmm… Mula-mula arang lain terbakar sedikit, tapi kemudiannya malap dan akhirnya semua terpadam, termasuk arang pembawa api.
Yang ketiga? Sebaik sahaja diletak, tampak kepulan asap putih kecil naik ke udara.
Analogi ini mudah. Itulah sebenarnya sunnah amal daie. Kalau kuat, ya bisa membangkitkan yang lain. Kalau nggak kuat, ya hanyut. Percoma!
Penutup
Sedar-sedar saja, saya sedang cuba memikul risalah ini. Entah mulanya bila. Cuma yang pasti, penat lelah Ayahlah yang menghantar saya ke medan ini. Kasih sayang Ayah mengajar saya satu persatu tanggung jawab umat Muhammad SAW. SMSnya dari masa ke masa menancap thabat dan motivasi walaupun kejauhan.
Ayah memang seorang bapa yang istimewa. Saya akui, banyak bakat yang telah Ayah wariskan pada saya. Terima kasih tidak terhingga buat Ayah. Moga umur penuh barakah dan diberi mahkota kemuliaan bertahtakan berlian di syurga-Nya.
Teman-teman sekalian,
Masa semakin suntuk. Musuh semakin liar. Tanggung jawab semakin banyak.
Ubahlah dunia dengan tangan anda…
10 comments:
Ya Allah! thabatkan aku di jalanMU!
post yg memberi kesan kepada diri yg kerdil dan hina ini!
syukran jazilan!
Ya Allah...betapa besar nikmatmu dpt belajar di Mesir..tmpt yang menjadi igauan ramai utk menuntut ilmu..gunakn kesempatan terbaik ini utk menuntut ilmu di jalan-Nya..semoga diredhai selalu..=)
wah, mantap2
Sesuatu yang menyentuh hati saya apabila membaca dan menyelami.
syukran akhi satu perkongsian yang amat baik.
Semoga kita tidak jatuh seperti Bani Israel dan tidak kita terpesong dalam membawa risalah ini.
Ingatkan saya selalu dengan risalah anda..
Ana Uhibbuka fillah..
Akh Fauzee Tanta
Salam..
Semoga terus tsabat
may Allah preserves you
always
ameen
sambil2 bace blog...singgah blog bilal dan bg komen...moga ukhuwwah semakin segar..dan saling ingat mengingati..karen gitu..
prinsip ape?? share la sikit..
hehek..
ntah2 ana un leh mencontohi prinsip2 tu ker..
Prinsip? ...
Seganlah.. :)
haha..cakap prinsip un segan..
he..xpe..
no prob..^_^
Post a Comment