Pada suatu hari, akibat tersilap menjangka masa, saya dan seorang rakan telah sampai lewat ke dewan kuliah di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Bukan lewat lima atau sepuluh minit, tapi 20 minit. Dengan muka selamba,; tanpa rasa segan dan tanpa rasa bersalah, melainkan hanya sebersit kami melangkah masuk ke dewan. Hal ini kerana ramai lagi pelajar yang lewat.
Sebelum itu, saya hanya terbayang bahawa sekiranya saya sampai lewat, saya hanya mengalami satu kerugian; terlepas sebahagian ilmu yang diajarkan doktor. Rupa-rupanya sangkaan saya meleset apabila saya dan kawan saya terpaksa berdiri di bahagian belakang dewan sehingga kuliah tamat kira-kira sejam setengah kemudian.
Dengan nada tension, saya bermonolog sendirian,
"Dah la kena berdiri dalam bas hampir sejam, bila sampai dewan kuliah kena berdiri lagi sejam lebih. Berdiri membatu selama dua jam memang letih. Macam mana aku nak fokus pada lecture ni?!"
Panas. Rimas. Hilang mood. Hasilnya, kalam doktor yang bertubi-tubi hanya berlalu di tubir telinga sahaja, tidak memasuki organ pendengaran ini. Hari itu memang hari yang betul-betul memenatkan. Saya cukup menyesal dengan kelewatan itu. Begitulah Al-Azhar. Dewan kuliah yang boleh memuatkan 300 orang dalam satu masa "dimaksimakan" penggunaannya sehingga ada yang duduk di jendela. Jika anda lambat datang, habislah anda.
Demikian kisah saya bersama rakan yang terjejas studynya akibat terlewat menunaikan janji seorang azhari. Datang awal ke kuliah memang ada kaitan dengan mood untuk belajar. Saya bawakan kisah ini bukan semata-mata mengisahkan keadaan bumi bertuah ini, tetapi ingin membandingkan situasi kita dalam mengerjakan ibadah utama kita iaitu solat menghadap Yang Maha Pencipta.
Solat: Kaitan Temu Janji dengan Khusyu
Setiap hari, seorang mukmin itu seolah-olah telah berjanji dengan Tuhannya sebanyak lima kali. Janji-janji temu ini telah disepakati sejak sekian lama, bukan secara short notice (hari ini maklum, esok temu janji) kerana terdapat taqwim solat yang telah mencatatkan waktu solat sepanjang tahun. Maka boleh kita katakan temu janji solat Zuhur pada 31 Disember 2008 telah kita maklumi sejak 1 Januari 2008, atau lebih awal daripada itu. Oleh yang demikian, tidak sepatutnya kita terlambat menghadiri temu janji.
Di Mesir, taqwim solat tidak dinyatakan sebagai taqwim solat, tetapi dinyatakan sebagai "mauidus solah" (temu janji solat). Apabila perkara ini dihayati dengan betul, maka schedule harian kita tidak akan meminggirkan waktu solat kerana ia adalah berkaitan Tuhan yang menciptakan kita. Mungkin selepas ini Malaysia pun boleh tukar Taqwim Solat jadi Mauiduss Solah.
Pada pandangan saya, menepati waktu amat penting dalam mengejar khusyu dalam solat. Bayangkan seorang yang datang ke masjid 10 minit sebelum masuk waktu solat, kemudian dia berniat iktikaf dan membaca Al-Quran sementara menunggu masuknya waktu. Tatkala waktunya tiba, dia mengalun azan menyeru seluruh manusia tunduk sujud kepada Allah s.w.t. Tidak terhenti setakat itu, dia bangun mengerjakan solat sunat qabliyah sebelum mengalunkan iqamat. Dan kemuncaknya, dia menghadap Allah dengan keadaan yang cukup bersedia. Tidak hairanlah apabila orang sebegini mudah teresak-esak dalam solat mereka.
Situasi di atas amat berbeza dengan orang yang sedang menonton televisyen, kemudian datang kepadanya waktu solat. Orang sebegini tidak menunggu waktu solat dan boleh jadi dia terlepas Takbiratul Ula atau menjadi makmum masbuk. Atau mungkin sama sahaja seperti mana saya terlewat menghadiri kuliah, seluruh study saya pada pagi itu terjejas.
Memahami Isu Sebenar
Marilah kita bersama renungkan. Betapa ramai orang yang menunaikan solat, sedangkan dia sendiri tidak tahu mengapa dia mengerjakan solat. Hanya kerana orang lain solat, dia pun tergerak untuk solat. Dan dia terus berulang-ulang dalam keadaan demikian sehingga bertahun-tahun lamanya. Akhirnya, ketika syurga berada di kanannya dan neraka berada di kirinya, dia pun menjawab soalan pertama Allah dengan amalnya itu dalam keadaan sesal dan sedih yang tak sudah.
Bukankah kita ini hamba? Bukankah kita telah dengar semasa sekolah rendah dahulu bahawa solat itu tiang agama? Tidakkah kita terfikir, mengapa diri kita yang tidak pernah meninggalkan solat ini tidak maju-maju ke hadapan, malah semakin hari semakin ketinggalan di belakang dek musuh? Katanya ingin masuk syurga, tetapi dengan amal apakah kita ingin mengecapi nikmat di sana?
"Khusyu" dan "ikhlas" perlu terus menjadi agenda utama kita, kerana ia boleh menjadikan pahala dua orang yang solat bersebelahan berbeza bagai langit dan bumi, meskipun nama dan bilangan rakaat solat mereka itu sama. Isu kita bukan isu amal, tapi isu kita ialah isu penerimaan amal.
Akhir kata, bersama kita renungi kata-kata Imam di Masjid Syarbini (Seksyen 10, Cairo):
"Hadapilah Allah dengan hati, bukan dengan jasad yang tunduk dan sujud semata. Dan solatlah kamu seolah-olah ini yang terakhir"
Bantulah Hamba, ya Allah...

3 comments:
Bagus artikel ni...
Mood dibentuk dengan persediaan yang rapi sebelum menghadapinya
Terbayang keadaan dalam Novel Salju Sakinah karya Zaid Akhtar... Si heroinnya pada mukaddimah cerita juga datang lewat ketika kuliah (leat 5 minit je!!)
Tapi lec menghalangnya terus masuk ke kuliah
Kiranya Bilal ni bertuah, kerana dapat juga kuliah kegemarannya itu
salam akhi bilal,
bagus sgt artikel ini, ana pon perasan jgk.. terutama time ana study dulu.. dia mcm chain reaction dalam kehidupan kita.. kalau kita jaga waktu solat seperti solat di awal waktu dan menunggu kedatangan solat.. masa akan terasa menjadi panjang dan waktu spt telah digunakan dgn produktif sekali.. sebaliknya kalau tak jage waktu solat.. waktu hilang entah ke mana.. kerja pon tak siap2 lg..
jgn lupa doakan ana menjadi ulama' jg suatu hari nnt.. jzkk
bestnye artikel ni....
sangat terkena dgn ana!
isk~ sedih bila memikirkan...
tp tak tahu laa macammana nak motivasi diri supaya istiqamah utk khusYuk dlm soLat..
*sigh...*
Post a Comment