Wednesday, 19 December 2007

Program Mari Membaca Al-Quran 2007

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, pada 6 hingga 18 Disember 2007 yang lepas, kami telah menjalankan Program Mari Membaca Al-Quran di Surau An-Najah Taman Universiti Jalan Pintar. Walaupun simple. ia cukup seronok. Kenangan bersama Fazli, Aiman, Faizal dan lelain amat sukar dilupakan. Ana harap dapat bertemu dgn mereka lagi di kesempatan yang lain.

Secara umumnya, ana menganggap mereka seperti berikut (haha, sorry ya! :D):
Aboy: Rajin menghafal, skill bola yang mantap.
Faizal: Back yang kental, quite agresif.
Hisyam: Diam-diam ubi berisi.
Farid: Suka buat lawak yang x lawak.
Aiman: Malu-malu kucing. Lincah-lincah Robinho.
Syaathir: Happy go lucky.
Fadhli: hm....tak tau la nk cakap macam mana. Belum cukup taaruf.
Azam: periang, semangat tinggi.
Faizuddin: Setenang air tasik, hehe!
Hakim: Senyuman colgate yang cukup menawan.
Kepada fasilitator; Athif, Nu'man Hani, HAriz Helmi, Iyadh, Adam Ramadhan dan Naim Fadhil, thank you very much for the good effort! Matlamat kita masih jauh di hadapan. Special thanks to Ustaz Zainal Ariffin, Ust Mahir, Ust Abdul Rahman dan Ust Kamaruzzaman yang membantu sepanjang program. Jazakumullahu khairan kathira.

Belajar rajin-rajin, wahai adik-adik. Taatilah ibu-bapa dan jadilah anak yang soleh dan musleh. Biasakan pergi surau ya! Sekian, wasssalamualaikum wbt.

Surau An-Najah, surah penuh barakah.
Kalau tak percaya, boleh datang dan rasa sendiri. :D

Farid dan Azamuddin:
Bangunmu esok menjadi pejuang mujahid sepanjang zaman.

Generasi penerus risalah. Kami pohon pada-Mu, ya Allah.

Aboy (Fazli) selepas gagal memanfaatkan peluang keemasan

untuk menjaringkan gol.

Faizal selepas kepenatan menghafal. InsyaAllah, Faizal Al-Hafiz.


Meh sini tengok video ni!

Suasana kelas. Nak join?

Ape bende yang diorang tengok tu? Naruto? Conan? Sponge Bob? Atau video Palestine?

Peserta terbaik program: Fazli bin Muslim! Tepuuuk!

Makanan yang banyak ketika jamuan akhir program.

Wajah-wajah ceria!

Faizuddin: Macam rufaqa': tenang dan meyakinkan.

2 comments:

Anonymous said...

sukenye tgk program sebegini..insyaAllah nak buat juga di kawasan prumhn ana..tapi memerlukan team...

muhammad_alfateh said...

Moga amal diterima Allah swt.