Sunday, 3 January 2010
Jom Usaha!
Saturday, 26 December 2009
Muharram 1431H
Bismillah… (Allahumma fayshad)
Sempena bulan Allah yang mulia ini, saya cuba kongsikan beberapa khotiroh ulama Mesir. Semuanya sekitar hijrah Rasul SAW. Walaupun awal muharram sudah seminggu berlalu, rasanya post ini masih relevan, kerana hijrah Rasul itu berlaku sekitar akhir Safar hingga awal Rabiul Awwal. Selamat membaca. ^_^
Intro
Usai solat Zohor di masjid Sahabat, saya bertanya kepada seorang teman,
“Syeh, enta dah kahwin. Apa pendangan enta kalau isteri enta diberi kepada orang lain?”
“Gila”, spontan dia menjawab.
“Tapi, itulah yang sahabat Rasulullah SAW buat”, saya menyambung.
“Ya tak ya juga”.
Tamat perbualan.
Tasamuh Ansar-Muhajirin
Memang. Semua nikmat yang dikurniakan boleh di‘panjang-panjang’kan kepada orang lain. Kereta mewah seorang kaya. Buku kesayangan seorang pelajar. Juga komputer riba anak muda. Namun bagi seorang lelaki, tak mungkin belahan hatinya boleh di‘panjang-panjang’kan kepada orang lain. Tiada kompromi. Apa alasan pun!
Maka apa yang berlaku antara Saad bin Rabi’ dengan Abdul Rahman bin Auf merupakan dimensi baru dalam sejarah persahabatan antara dua insan. Saad mengatakan pada Abdul Rahman,
"أنظر إليهما, لأطلق أعجبهما لك فتتزوجها"
“Lihatlah pada dua isteriku ini. Aku akan talak wanita yang engkau suka, agar kau menikah dengannya”.
Tolak ansur apakah ini?
Taqwa adalah segala-galanya
Quba menjadi saksi pembinaan masjid pertama dalam Islam.
Masjid merupakan simbol taqwa. Taqwa berkait rapat dengan hati. Bukankah di dalam badan itu ada satu daging, kalau ia baik, baiklah seluruh badan dan jika ia buruk, buruklah seluruh badan?
Maka, sifir kita mudah. Hubungan antara Allah dan hamba-Nya menjadi asas terpenting dalam melakukan apa saja gerak kerja di muka bumi ini, baik memasak di dapur hinggalah membina negara makmur. Kalau hati kita baik, sedaplah masakan kita. Kalau hati kita kotor, hancurlah negara kita. Hihi. Apapun, ia hanya satu sifir mudah.
Daripada sifir itu, seseorang bertanya,
“Bagaimana dengan orang yang keputusan PMRnya cemerlang, tapi akhlaknya buruk?”.
Jawapan nakal saya, “Boleh jadi, kes itu antara dua; anda tidak tahu kebaikannya yang lain atau ia istidraj. You know yourself better”.
Lazimilah masjid. Masjid itu kekuatan kita. Di Mesir, arab yang bangun lambat pun datang solat di masjid, walaupun 20 minit sebelum syuruk.
Bersambung…
Dedikasi:
Tahniah buat Abdullah Azzam bin Jailani, Ibrahim Afif bin Khairulannuar, Ahmad Safwan bin Kamal Nasharuddin atas kejayaan dalam PMR 2009. Allah yaftah alaikum ^_^
Pensyariatan Puasa Muharram
Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ibnu Abbas;
Ketika Rasulullah berpuasa Asyura dan menyuruh orang lain juga berpuasa, sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Asyura itu hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani”. Maka Rasulullah berkata, “Kalau begitu, insyaAllah tahun depan kita puasa hari yang kesembilan”. Namun ketika masuk tahun baru itu, Rasulullah telahpun wafat.
Ulama mengatakan bahawa puasa Asyura menghapuskan dosa-dosa kecil tahun sebelumnya. Andai tiada dosa kecil, maka diharap meringankan dosa besar. Andai tiada dosa besar, maka darjat seseorang itu akan diangkat.
Sebelumnya, puasa Asyura adalah fardhu buat umat Islam. Ia dinasakhkan dengan puasa Ramadhan.
Syafiiyah dan Hanafiyah berpendapat: Sunat puasa hari kesebelas Muharram sekiranya seseorang itu tidak puasa pada hari kesembilan. Hal ini bagi mengelakkan penyerupaan amalan Yahudi yang berpuasa Asyura.
Ibnu Abbas meriwayatkan:
Rasulullah bersabda, “Berpuasalah pada hari Asyura dan bezakanlah puasa kamu itu dengan puasa Yahudi. Maka puasalah sehari sebelumnya atau sehari selepasnya” (Musnad Imam Ahmad).
(Terjemahan bebas daripada kitab Fiqh Perbandingan Tahun Satu, karangan Dr Saaduddin Mas’ad Helaly)
Moga bermanfaat! ^_^
Sunday, 15 November 2009
"Lama Saya Tidak Melukis"
Bismillah (Muntalaq taabbudie!)
Monday, 5 October 2009
Berjalan, Melihat, Mentafsir
Alhamdulillah, 3 Oktober lepas saya sempat berjalan sekitar Kaherah sebelum memulakan pengajian di kuliah minggu depan. Berikut saya kongsikan beberapa nilai dan pengajaran.
Kisah Unta dan Tuannya
Tuan unta datang kepada saya dan memberi saya tongkat. Kemudian, dia menyuruh saya menaiki unta yang telah didudukkan. Tanpa mempersetujui apa-apa bayaran, dia membawa saya ke sisi Piramid dan bergambar. Seusai itu, dia minta LE30. Wau, ini sudah lebih!
Saya tak mahu bayar.
Dia mula naik suara. Dia kata, "Ini harga piawai. Jangan buang masa aku! Cepat, LE3o!"
Jadi, macam mana nak buat?
Saya gosok belakang dia dan suruh berselawat.
Saya bagitahu dia yang saya pelajar kuliah Syariah Islamiyah. Kami belajar tatacara muamalat.
(Actually, naik Tahun Dua ni baru nak belajar. ^_^)
Saya kata pada dia, "Pakcik, cara engkau salah. Engkau perlu persetujui harga sejak awal. Kemudian biar kami buat keputusan samada mahu naik unta atau tidak".
Setelah lebih 15 minit berjidal depn unta, akhirnya dia kata, "Baiklah, bagi aku LE15".
LE15? Alhamdulillah, OKlah tu.
Selesai di Piramid, saya masuk van sewa untuk berangkat ke tempat lain. Ketika itu, seorang teman (pelajar baru) dengan sedih memberitahu yang dia membayar LE50 untuk unta!
Kasihan, pakcik unta ambil kesempatan. Apapun, the point is: Belajarlah bahasa seuatu kaum hingga benar-benar mantap, supaya engkau tidak ditipu oleh kaum itu.
Piramid dalam Al-Quran
Inilah gambar Piramid di Giza. Surah Al-Fajr merakamkan nama Piramid sebagai "Autad" yang bermaksud pasak. Kemudian, surah itu menceritakan azab Allah ke atas Firaun.
Begitulah sunnatullah. Andai kemajuan material tidak diimbangi kemajuan iman, runtuhlah sesuatu tamadun itu. Kini, Dinasti Firaun hanya tinggal Piramid yang mendatangkan jutaan Dolar buat pewaris bumi Mesir.
Kita di mana? Menuju keruntuhan tamadun Firaun atau kegemilangan tamadun Abbasiyah?
BERSAMA KITA BERJALAN, BERSAMA JIWAI PERANAN.
(Tahniah buat Opal yang sudah tiba di Warwick. Juga buat Mamah yang bekerja keras di Bangi. Tak ketinggalan Abang Bad di Makkah; Selamat Menimba Ilmu! ^_^)
Tuesday, 25 August 2009
Cari Apa?

Bismillah... (moga niat ini membawa ke syurga)
Assalamualaikum wbt. Marhaban bis shalihin! Marhaban buat yang sedang bersungguh-sungguh pulun di bulan yang mulia ini. Kalau boleh, doakan saya. :)
Sekadar sedikit perkongsian. Sengaja merenung kembali muntalaq Ramadhan kita walaupun sudah empat hari ia berlalu. Bagus juga; boleh tajdid niat.
Ada orang yang merasa berat ketika Ramadhan datang. Kenapa? Kerana dia fikir, kalau dia buat amal banyak-banyak pun, lepas raya nanti dia tinggalkan juga.
Ataupun dia fikir, kalau dia buat amal banyak-banyak, nanti lepas Ramadhan, banyaklah amal yang dia kena maintain. Kalau dia tak maintain, apa pula orang lain cakap.
Ada ke orang yang fikir macam tu? hm.. ada kot.
Saya rasa, matlamat kita dalam melalui sebulan Ramadhan ialah untuk capai reda dan maghfirah Allah swt. Sebab, kita tak tahu betapa banyak dosa kita. Dan siapa yang mahu mati kalau Allah belum reda padanya?
Maka kita harap, Ramadhan ini benar-benar membersihkan. Hilang segala karat-karat. Nurani suci berkilat.
Dan, tidak timbul soal khatam Al-Quran atau tidak; kerana yang penting bukan banyak, tetapi MEMBERSIHKAN.
"Qadiyyatuna laisa qadiyyatul a'mal. Qadiyyatuna qadiyyatu qabulil a'mal"
(Isu kita bukan isu amal. Isu kita ialah isu penerimaan amal)
Daripada perbincangan ini, timbullah satu kesimpulan: KUN RABBANIYAN, WALA TAKUN RAMADHANIYAN.
Sekian. Selamat beribadah. Sekali lagi, doakan saya :)
Dedikasi:
Tahniah buat Naufal bin Jailani yang akan melanjutkan pelajarannya ke bumi Allah Birmingham, UK. Jaga diri baik-baik. Bilal sedia membantu apa yang perlu, insyaAllah. :)
Sunday, 23 August 2009
Ramadhan 1430H
Bismillah… (ikhlaskan niat)
Assalamualaikum semua. Apa khabar agaknya ya? Ramadhan Kareem! Akhirnya dapat juga saya cari masa untuk mencoret.
Sebelum apa-apa, saya ucapkan “Selamat Hari Al-Quds 2009” sempena 21 Ogos yang lalu. Kita sama-sama bayangkan Denis Michael Rohan menyalakan api di Al-Aqsa pada pagi 21 Ogos 1969. Muslimin cuba padamkan, tetapi dihalang oleh tentera Zionist. Al-Aqsa rosak teruk. Dan Denis Micheal tidak dibicara langsung, atas alasan dia tidak siuman.
Habis cerita Al-Quds, masuk cerita Ramadhan.
Rasanya belum bersedia untuk menulis panjang. Jadi, saya cuba kongsikan sikit mengenai Ramadhan Mesir.
Ramadhan juga adalah bulan keemasan buat para daie. Mudah untuk berdakwah, kerana hati manusia sedang terpaut dengan Al-Quran dan masjid. Tapi hidayah itu tetap milik Allah.
Bersama kita hidupkan Al-Quran dalam diri kita. Berilah setiap huruf itu haknya. Kurangkan bual-bual kosong, kerana tutur muslim itu hanyalah Al-Quran dan zikir. Semoga Ramadhan ini memberikan sesuatu.
(Jom pulun!)


