Thursday, 24 July 2008

MEMPERCEPAT KEMATANGAN?


Tersebutlah alkisah, ada seorang budak yang amat cerdik. Sejak lahir, dia selalu menjadi ‘jam loceng’ untuk ibu bapanya bangun awal pagi mengerjakan solat fajar. Sekitar umur lima tahun, budak ini sudah pandai membaca Al-Quran dengan amat baik. Ibu bapanya hairan dan takjub bercampur gembira.

Ketika berumur 9 tahun, 30 juzuk sudah berada di dalam kepalanya. Dalam masa yang sama, dia rajin sekali menunaikan solat berjamaah di surau, menjadi bilal dan menyertai program-program tarbiyah suraunya.

Pencapaian akademiknya jauh meninggalkan kawan-kawan lain. Ketika budak sebayanya sibuk di padang merebut bola, otaknya ligat menelaah ilmu. Di penghujung usia 12 tahun, dia sudah petah berkata-kata dan selalu mengepalai kawan-kawannya dalam majlis tazkiyatun-nafs.

...

...

Apakah pandangan anda terhadap budak ini? Seakan apakah dia apabila dewasa nanti? Andaikata dia benar-benar wujud, pasti kita akan menjaganya sebaik mungkin. Dan pastinya ramai antara kita yang ingin memiliki adik sedemikian rupa. Atau mungkin juga anak suatu hari nanti.

Apakah mempercepat kematangan seseorang itu mustahil? Penulis pernah mengikuti program remaja bersama Prof Madya Dr Harlina Halizah binti Siraj, seorang pakar sakit puan yang ahli dalam soal perkembangan remaja. Beliau mengatakan bahawa mutakhir ini, usia remaja mencapai akhil baligh semakin awal. Hal ini kerana remaja sering terdedah kepada unsur-unsur seksualiti sebelum waktunya. Maklumlah, dengan hanya RM2, macam-macam boleh dilayari di internet. (Astaghfirullah, seakan apakah budak ini apabila dewasa nanti?)

Maka, terbukti secara biologi bahawa kematangan itu boleh dipercepat. Persoalannya, apakah kematangan pemikiran seseorang itu boleh dipercepat, sebagaimana kisah budak kecil di awal penulisan ini? Dan bagaimana caranya?

Hakikatnya, itulah apa yang diajarkan oleh Islam. Seboleh-bolehnya, pematangan seorang anak muslim itu perlu dilakukan seawal mungkin tanpa menzaliminya. Syariat mengajar kita agar memperdengar azan dan iqamah kepada bayi baru lahir. Tatkala menyedari ini, kita pun berkata, ”Haah, betul juga. Islam cuba memberi tarbiyah seawal mungkin”. Pada pandangan penulis, tarbiyah generasi baru itu bermula sejak si kecil itu belum lahir, kerana Rasulullah mengajar kita agar memilih pasangan hidup yang mempunyai agama (dzatud dien), agar berpotensi melahirkan generasi yang salih.

Contoh Dari Sejarah

Imam At-Thabari, mufassir yang masyhur: Pada usia 7 tahun, beliau khatam menghafal Al-Quran, menjadi imam setahun kemudian.

Ibnu Taimiyah: Mengeluarkan fatwa seawal usia 15 tahun.

Muhammad Al-Fatih: Menakluk Costantine pada usia 24 tahun.

Hassan Al-Banna: Menubuh Ikhwan Muslimun pada umur 22 tahun.

Kita perlu mematangkan mereka seawal mungkin bagi mengimbangi kematangan biologi mereka yang awal. Dengan demikian, insyaAllah mereka akan terpelihara dan terjaga, malah menyumbang kepada ummah. Sang pembebas Mesir, Amru bin Ash r.a berkahwin pada usia 12 tahun, manakala Ali bin Abi Talib berkahwin pada usia 16 tahun. Bukankah ini contoh yang amat baik? Subhanallah!

Sebagai seorang belia, kita juga harus mengambil pengajaran. Wajarkah kita disibukkan dengan Kreko, Starcraft dan Counter Strike? Tatkala pemuda Palestin sibuk mempersiap jiwa raga menuju syahid, kita masih boleh mengatakan ”saya tak tahulah hari ni nak buat apa”.

Bersama kita bayangkan.

Remaja-pemuda muslim di satu kawasan perumahan ini amat salih. Mereka bersungguh-sungguh bertaqwa kepada Allah. Sejak jam 4 pagi, sejadah mereka sudah dibasahi tangisan tanda takutkan azab Tuhan dan dambakan rahmat. Mereka melaung azan ketika fajar menyinsing. Ketika di sekolah/IPT, mereka berprestasi cemerlang samada akademik mahupun ko-kurikulum. Saling memperbaiki, mahabbah fillah dan pergaulan bebas sifar menjadi identiti.

Mereka amat menghormati orang tua. Masyarakat berasa amat senang dengan mereka. Kalau ada keraian, merekalah tulang belakangnya. Dalam masa yang sama, mereka komited dengan program tarbiyah. Bagi mereka, risalah dakwah ini wajib disebarkan agar mereka berlepas diri pada hari akhirat nanti.

Demikianlah keadaan mereka.

Rasulullah s.a.w bersabda:

”Sesungguhnya Allah takjub dengan pemuda yang tidak mempunyai sifat keanak-anakan”

Kesimpulan

Alangkah indahnya Islam yang kita anuti selama ini. Andaikata generasi salih ini dapat kita lahirkan semula, samada pada generasi selepas kita atau diri kita sendiri, itu tandanya kemenangan sudah hampir. Sejarah menunjukkan bahawa ’si cilik yang berprestasi cemerlang’ ini akan membawa banyak manfaat kepada ummah dewasa kelak. Ya, masa depan sesuatu bangsa bergantung kepada usaha pembinaan generasi bangsa itu. Itulah kuasa pemuda. Itulah apa yang diharapkan atas pemuda hari ini. Dunia kini ternanti-nanti...

Hm... Baru penulis faham perkataan Al-Banna, “Oleh kerana itu, sejak dulu hingga sekarang pemuda merupakan tiang kebangkitan. Dalam setiap kebangkitan, pemuda ialah rahsia kekuatannya. Dalam setiap fikrah, pemuda adalah pengibar panji-panjinya”.

Tulisan ini untukku. Ya Allah, bantulah aku...

Saturday, 5 July 2008

Coretan Jaulah Indonesia 11 – 15 Jun 2008

Macam-macam yang terbayang di fikiran ketika melihat Bandara Internasional Soekarno Hatta di Jakarta dari udara. Ada lain sedikit dengan KLIA. Apapun, inilah bumi Allah yang melahirkan pendokong-pendokong Islam seperti Wali Songo, KH Rahmat Abdullah, Nuruddin Al-Banjari, Aa Gym, Ary Ginanjar Agustian, Hidayat Nur Wahid dan Irwan Prayitno.

Alhamdulillah, tiba juga ke Indonesia. Dengan niat yang tersendiri, saya sebenarnya diminta oleh ayah untuk mengiringi wisata rohani ibu dengan rakan sekerjanya ke negeri istimewa ini. Belum apa-apa lagi, minda sudah membayangkan apa yang dikata orang Malaysia terhadap orang Indonesia; macet, jurujual yang memaksa, serabut dan lelain...

Dari bandara, kami menaiki koc menuju Gambir. Perjalanan 20 km yang memakan masa sejam lebih menjadikan kita sedikit faham apa yang terbayang awal tadi. Memang sesak! Setinggan merata-rata. Bawah fly-over di tengah bandar Jakarta ni pun ada setinggan. Jalan yang dua lane terus jadi tiga lane. Rupanya, ibukota Indonesia ini dihuni kira-kira 20 juta orang. Ibu kata, ”Cuba Bilal bayangkan macam mana ikhwah Indonesia berdakwah. Semua ni mereka kena lalui”.

Destinasi pertama ialah Taman Mini Indonesia. Ingatkan taman apa. Rupanya taman ini menghimpunkan segala monumen dan binaan penting seluruh Indonesia dalam bentuk replika besar. Ada candi Borobudur, kuil Bali dan rumah-rumah berbinaan pelik. Subhanallah! Uniknya manusia ciptaan Allah! Mereka makhluk yang berbagai-bagai. Dalam lebih kurang dua jam, kami seolah-olah telah mengelilingi seluruh Indonesia. Tapi yang paling penting ialah budaya tempatan. Ketika seronok bergambar di sana, datang seekor maskot kucing warna pink. Maskot tu offer ambil gambar dengan dia. Kita pun excited la. Habis ambil gambar, dia minta bayaran. Pelik. Masa tu tak ada duit kecil, tak kan nak bagi 100K rupiah. Kelam kabut cari ibu minta duit kecil!


Kunjungan ke Masjid At-Taawun juga sesuatu yang istimewa. Nak tak nak, kita kena basuh kaki untuk masuk ke masjid di puncak tanah tinggi ini. Ia dikelilingi sungai air bukit! Subhanallah, sejuk! Orang Indonesia memang kreatif!

Di luar masjid, jurujual yang tak kenal putus asa sedang menunggu untuk ”menerkam” pelancong seperti kita. Dekat 45 minit mempromosi, mereka tak mengalah walaupun kita buat tak endah. Mungkin ramai yang mengutuk mereka. Apapun, mereka adalah lambang kegigihan, kesungguhan dan kerajinan seorang yang mencari sesuap nasi HALAL!

Pada hari ketiga, kami menaiki kereta api menuju Bandung. Perjalanan merentasi bukit-bukau, tanak tinggi, sungai, sawah ladang dan hutan menjentik nostalgia bersama Muallim Fakaruddin, guru Goegrafi sewaktu Tingkatan Tiga. Bumi Allah Indonesia memang indah! Terasa kerdil diri kita sebagai manusia yang berbuat sesuka hatinya di planet Maha Pencipta ini.

Darul Jannah Cottage di Daarut Tauhid, Jalan Gegerkalong Girang menjadi tempat menginap pilihan di Bandung. Di sini saya rasa gembira. Kerana lebih 70% tujuan saya ke Indonesia berada di sini.

Daarut Tauhid (DT) adalah sebuah pesantren moden. Ia diuruskan oleh KH Abdullah Gymnastiar (Aa Gym) yang terkenal dengan manajemen qalbunya. Bukan sekadar pesantern, DT mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan meliputi kedai makan, butik pakaian, penerbitan buku, stesen radio, pusat pengurusan zakat dan macam-macam lagi. Nak senang cerita, macam Arqam lah. Demikianlah metode Aa Gym dalam membangun masyarakat sekitarnya. Terjemahan konsep tasawwuf dalam kehidupan seharian. Nampak indah dan bahagia. Mereka menjaga kebersihan. Mereka bertutur dengan lembut dan sopan sekali. Mereka menyusun kasut setiap kali ke masjid atau lain-lain. Setiap kali azan berkumandang, kedai ditutup dan semua pergi ke masjid. Dan sejak tiga jam sebelum subuh sudah ada yang menangis merintih di masjid mengharap kasih Tuhan Semesta Alam. Subuh apa lagi. Penuh!

Saya sempat menghadiri tiga kali kuliah Aa Gym. Antara isinya:

”Berlaku jujurlah anda kepada diri anda sendiri. Kerana Allah itu Maha Mengetahui. Tidak perlu bersusah-payah untuk kelihatan muda sedangkan anda sudah tua. Tidak perlu bersusah-payah mengikat perut bagi membeli handphone mahal sedangkan kegunaannya tidaklah selalu. Bila kita mengejar dunia, kita tidak akan berhenti. Pasti ada yang lebih enak selepas sesuatu. Justeru, pergunalah pandangan Allah. Dia melihat taqwa. Dengan demikian, insyaAllah hati kita menjadi tenang”

Di kuliah yang lain;

”Saat disanjung merupakan saat di mana hati dan jiwa kita amat membutuhkan Allah swt. Ujian tersebut amat besar. Lebih besar daripada ujian saat dihina. Ramai sekali yang tewas dalam ujian ini. Sedikit sekali yang berjaya. Selalulah mengingati Allah, jangan sekali-kali merasa takabbur! Takabbur sebesar zarah sudah cukup menghalang kita dari syurga. Takutilah sanjungan dan kemuliaan neraca manusia”.

Dekianlah kuliah Aa Gym yang selalunya disampaikan dalam keadaan menangis dan disertai zikir munajat sebelum tamat. Semoga Allah memberi kami petujuk.

Kami menjejaki Taman Wisata Alam Tangkuban Parahu di awal siang keempat. Subhanallah! Kawasan tanah tinggi yang disertai kawah gunung berapi yang masih aktif memang menjadikan diri kerdil sekali.

Esok sudah mahu pulang. Adik-beradik mesti tanya tentang buah tangan.

Bandung adalah syurga shopping bagi pelancong. Memang kelabu mata. Murah dan pelbagai. Namun ramai peniaga yang ambil kesempatan ke atas pelancong. Seorang makcik berkata kepada saya, ”Di Pasar Baru nanti, tawar harga sampai tinggal separuh. Tak pun kamu sebut apa harga yang kamu mahu. Kalau dia tak bagi, buat-buat lari ke kadai lain. Nanti mesti dia panggil balik dan bagi harga murah!”. Ketawa kecil bila dengan macam tu. Namun itulah realitinya.

Saya bershopping bersama seorang budak 14 tahun yang serba ringkas dan tak cerewet. Barang pertama kami, vast bulu dibeli dengan harga 50K rupiah. Harga asal 65K rupiah. Ingatkan kami mantap, rupanya boleh dapat rendah lagi.

Barang kedua, baju melayu dibeli dengan harga 70K rupiah. Asalnya 90K rupiah. Itupun dah lari ke ladai lain tapi dipanggil balik. Rasa gembiralah sedikit sebab berjaya tawar lebih dari barang yang pertama.

Barang ketiga, kasut ciplak Adidas yang dibeli dengan harga 90K rupiah. Asalnnya 200K rupiah. Kami ”lari” nak cari kasut di kedai lain baru dia bagi. Proses tawar-menawar mengambil masa 30 minit. Baru berjaya. Kali ni rasa berbaloi!

Sepanjang perjalanan kami mengelilingi kota Bandung, saya dibawa oleh seorang belia 32 tahun. Nampak macam 25 tahun. Dadan namanya. Pak Dadan memang satu sosok tubuh yang perkasa yang mulia jiwanya. Dia melayani kami dengan baik sekali. Memang peramah. Ceria selalu. Beliau melayani saya persis adiknya sendiri. Sebagai seorang santri-karyawan di DT, beliau komited dengan Islam; solat awal waktu walaupun sibuk dan letih. Begini rupanya pemuda Indonesia!

Pada hari terakhir, saya sakit perut dan merasa loya. Selera hilang semuanya. Dalam rancangan saya, hari terakhir ialah masa membeli CD, buku dan bahan-bahan tarbiyah untuk dimanfaatkan di Malaysia nanti. Tapi apakan daya. Terpaksa baring di bilik menahan loya sementara menunggu teksi menjemput ke bandara. Cuba juga gagahkan diri, tapi tak larat. Terpaksa tumpang kamar kecil (bilik air) untuk membuang muntah...

Sebelum pulang, saya sempat memikirkan hasil jaulah kali ini. Secara keseluruhannya, saya mencapai 75% objektif saya. Walaupun tidak cemerlang, saya bersyukur ia di tahap baik.

Kapal terbang Air Asia mula memecut laju untuk naik ke udara. Lima hari di bumi Indonesia banyak mengajar erti kehidupan. Semoga Allah memberi kami pahala atas ibadah ini. Selamat Tinggal Bumi Bertuah Indonesia! Jumpa lagi di kesempatan yang lain!!!

”Sekiranya kamu bersyukur, nescaya Kami tambahkan bagi kamu. Sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras” (Ibrahim-13)

Saturday, 26 April 2008

Buat mereka yang sedang berkira-kira...

Tulisan ini ditujukan khas buat mereka yang sedang berfikir-fikir untuk melanjutkan pelajaran ke IPT Jun-Julai 2008 ini. Mungkin agak terlambat, tetapi peribahasa Inggeris mengatakan better late than never.

Ketika saya berada di darjah 6, English Premier League adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan. saya dan rakan-rakan saling bekerjasama dalam mengikuti perkembangan EPL, UEFA Champions League dan lelain. Sampai satu tahap kami sanggup bertelefon pukul 3.00 pagi untuk mengejut rakan menonton siaran langsung perlawanan bola sepak, terutama yang melibatkan Manchester United.

As the situation was like that, pada umur mentah itu saya bercita-cita menjadi seorang pemain bola sepak. Bukan main-main. Serius. Kemudian ibu menasihatkan bahawa umat Islam masih mempunyai banyak kerja lain yang lebih penting. Saya tak faham. Justeru terus memberi alasan bagi menghalalkan impian "tidak matang" itu.

Ibu tanya, "bagaimana seorang pemain bola boleh berdakwah kepada masyarakat?". Saya jawab pemain bola boleh pakai "tight", main bola sambil tutup aurat. Kita solat isyak masa rehat selepas separuh masa pertama.

Bila naik tingkatan 2, impian berubah. Kalau orang tanya "enta besar nanti nak jadi apa?", saya jawab "engineer". Eh, cepat betul beralih arah.

Bila naik Tingkatan 4, saya jawab "ana nak jadi seorang ahli fizik. Dalam masa yang sama, nak ceburi juga bidang media dan komunikasi". Eh, berubah lagi.

Setelah tamat tingkatan 5, saya terfikir, "kenapa impian atau cita-cita itu cepat sekali berubah-ubah? Aku ni tak tetap pendirian ke? Aku ni tak ada masa depan ke?"

Setelah perbincangan demi perbincangan, I came to a conclusion.

"الموت في سبيل الله أسمى أمانينا"-(Syiaruna)

"Always start from the end"- (peribahasa Inggeris)

Hakikatnya, manusia itu dicipta dengan tujuan. Maka menjadi peranan kita mencari apakah tujuan kita diciptakan.

Apabila sudah tahu tujuan itu, maka itulah cita-cita kita. Itulah impian kita. Itulah perkara yang menjadikan kita lega apabila bertemu Allah kelak.

Allah mengatakan "وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون"
Allah mengatakan "إني جاعل في الأرض خليفة"
Allah mengatakan "كنتم خير أمة أخرجت الناس"
Allah mengatakan "وعد الله الين ءامنوا منكم وعملوا الصالحات ليستخلفنهم في الأرض كما استخلف الذين من قبلهم"

Oh, baru saya tahu.
Saya ini dicipta untuk menghambakan diri.
Saya ini khalifah di muka bumi.
Saya ini sebaik-baik ummat di dunia.
Saya ini akan mencapai kemenangan seperti mana umat Islam dulu mencapai kemenangan.

Justeru, itulah cita-cita kita.

Dan kita sanggup mengorbankan apa sahaja bagi mencapai cita-cita agung, amat murni lagi mulia ini.

Andaikata Islam itu mampu dibela dengan diri saya menjadi seorang doktor, maka saya akan menjadi seorang doktor.

Andaikata ia jurutera, maka saya akan menjadi seorang jurutera,

Hatta, andaikata ia tukang sapu sampah, maka saya akan menjadi seorang penyapu sampah.

Namun, untuk memahami apakah keperluan umat Islam ketika ini, kita perlu merujuk manhaj perubahan yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Saya serahkan hal ini pada antum untuk mencari, apakah yang paling diperlukan oleh ummat Islam kini? Kemudian selarikanlah dengan bakat dan potensi yang ada. Andaikata ia sesuai, teruskan. Andaikata tidak, toleransikanlah antara keduanya.

Dan menukar-nukar cita-cita itu tidak salah, kerana manusia itu berubah-ubah tahap kematangannya dari semasa ke semasa.

Pilihlah yang lebih mulia, minat semata-mata atau agama. Serahkanlah diri kita sepenuhnya kepada agama.

Apabila ditanya, apakah cita-cita anda? Jawablah "saya ingin mati syahid". Itulah cita-cita kita di dunia. Doktor, jurutera, angkasawan, juruterbang dan guru bukanlah cita-cita, tetapi pekerjaan ketika dewasa. Adakah kita berasa kita akan mati dengan tenang setelah mencapai cita-cita sebagai seorang doktor? Jika tidak, maka ia bukan sebuah cita-cita. Cita-cita merupakan sesuatu yang amat diharap untuk dicapai dalam hidup.

Akhir kata, semua ini hanya pandangan yang boleh jadi benar dan boleh jadi salah. You know yourself better..!


Friday, 14 March 2008

As-Siddiq vs Al-Faruq

Pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW mengerjakan solat subuh bersama para sahabat. Sebaik sahaja selesai, baginda melihat ke arah mereka. Seperti biasa, baginda memeriksa dan memuhasabah keadaan iman para sahabat.

Nabi Muhammad SAW bertanya kepada mereka,

“Siapakah dalam kalangan antum yang berpuasa pada pagi hari ini?”

Mereka semua diam.
Umar Al-Khattab berkata, “Wahai Rasulullah, ana belum berniat puasa sejak malam tadi”.

Namun Abu Bakar berkata, “Pagi ini ana telah berpuasa”.

Kemudian Nabi SAW bertanya lagi,

“Siapakah dalam kalangan antum telah menziarahi orang sakit pada hari ini?”

Umar Al-Khattab, “Wahai Rasullullah, kami keluar dari rumah untuk mengerjakan solat. Bagaimana kami sempat menziarahi orang sakit?”.

Namun Abu Bakar berkata, “Ana wahai Rasulullah. Tadi ana keluar rumah menuju masjid dan ana tahu kelmarin, Abdul Rahman bin Auf ditimpa sakit. Maka ana arahkan jalan ana menuju ke masjid agar melalui jalan rumahnya. Ana tahu dia akan bangun mengerjakan solat subuh, maka ana menziarahinya. Kemudian baru ana pergi ke masjid untuk solat subuh”

Nabi bertanya lagi,

“Siapakah dalam kalngan antum yang telah bersedeqah pada hari ini?”

Umar Al-Khattab berkata, “Wahai Rasulullah, kami belum meninggalkan tempat solat kami. Bagaimana kami dapat bersedeqah kepada orang fakir?”

Namun Abu Bakar berkata, “Ana wahai Rasulullah. Ketika memasuki masjid, ana ternampak seorang fakir di dalam masjid. Ketika itu cucu ana membawa sebuku roti. Maka ana meminta roti itu dan memberikannya kepada fakir tadi”.

Lalu Nabi SAW bersabda, “Wahai Abu Bakar, ana memberi enta khabar gembira bahawa enta akan masuk syurga. Tidaklah amal-amal tadi terhimpun pada seseorang, kecuali dia mendapat khabar gembira akan masuk syurga”.

Umar Al-Khattab menghela nafas panjang dan berkata, “Wahai Abu Bakar, ana tidak dapat mendahului enta dalam sesuatu pun selama-lamanya”.
(Petikan dari Jejak Para Khalifah- karangan Amru Khalid)

Demikian apa yang terjadi kepada dua orang sahabat yang paling disayangi Nabi Muhammad SAW.

Ijlis Bina Nu’min Saah
Jelas bagi kita bahawa Nabi SAW melakukan “muttabaah amal fardi” bagi memastikan iman sahabatnya sentiasa dalam keadaan optimum. Seharusnya kita juga begitu. Mungkin waktu yang sesuai ialah selepas solat atau selepas riadhah atau lain-lain. itulah intipati surah Al-Asr.

Konsep Riya’
Sebagai seorang guru, ana selalu dapati pelajar-pelajar kita agak malu dan segan silu dalam menjawab pertanyaan guru. Contohnya, guru bertanya, “Siapa nak jawab soalan muallim di papan putih?”. “Entalah yang jawab. Ana tahu tapi malaslah!” dan “Ana tak mahu mencapub” adalah senario yang biasa. Bagi ana, inilah sikap orang Melayu yang kurang baik. Malu tidak bertempat.

Abu Bakar dengan berani menjawab pertanyaan Nabi SAW. Isu cari publisiti dan riya tidak timbul di sini. Sebenarnya perkara ini banyak bergantung kepada niat kita. Andaikata kita berniat mencapub, maka ia adalah mencapub di sisi Allah SWT. Andaikata kita berniat qudwah hasanah, maka ia adalah qudwah hasanah di sisi Allah SWT.

Ana pernah menumpang belajar di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang selama seminggu. Ana ditempatkan di kelas pertama (paling top dalam tingkatan). Senarionya cukup berbeza. Apabila guru berkata, “Siapa yang ingin jawab?”, para pelajar berebut-rebut angkat tangan. Maka tidak hairanlah prestasi akademik mereka “antara terbaik Malaysia” saban tahun.

Ya, mengapa ingin malu sedangkan ia perkara kebaikan?

Fudhail bin Iyadh berkata, “Barangsiapa yang tidak beramal kerana manusia, maka itulah riya”. –petikan dari buku Adab Usrah Ikhwan Muslimun. Sedarlah, syaitan sentiasa mencari ruang untuk menghalang kita berbuat baik.

Berlumba-lumba
Dalam perlawanan ini, Abu Bakar dilihat mengalahkan Umar dengan jaringan tiga gol tanpa balas. Di sini, ana bukanlah ingin membezakan sahabat mana yang paling baik kerana setiap sahabat itu ada kelebihan masing-masing.

Namun, ana mengetengahkan bahawa mereka saling berlumba dalam perkara kebaikan. Ada yang kalah dan ada yang menang. Hal ini memang dianjurkan oleh agama, dengan syarat si pemenang tidak merasa bangga dengan kemenangannya dan si kalah merasa insaf di sisiAllah SWT. Inilah keunikan Islam!

Semasa membaca kisah ini, ana teringat kepada ayat Al-Quran surah Al-Mutaffifin yang berbunyi, “Wa fi zalika falyatanafasil mutanafisun” –ayat 26. Maksudnya “maka berlumbalah orang-orang yang berlumba”.

Justeru, mari kita bersama contohi sikap generasi Al-Quran yang unggul ini, semoga kita juga mendapat gelaran “Radiallahu anhum Ajmain”. InsyaAllah!

Sunday, 27 January 2008

Lirik Maly Robbun Siwah- Dai Nada

ما لي رب سواه
أحمد زيدان

ما لي رب سواه
غفار يمحو الذنوب
ما لي رب سواه
نور يهدي القلوب

يا الله
عبد كثرت ذنوبي
زادت حولي كروبي
منك اليك غروبي
يااللهلاتحرمني نعيما
لاتتركني سقيما
يا منانا رحيما

يا الله
أنت العلي القادرالعظيم
يا الله
أنت السميع البصير العليم

ما لي رب سواه
رب السماء العطوف
يغفر لمن عصاه
وهو الحليم الرؤوف
يا الله
رحمن للبرايا
غفار للخطايا
ورجائ هو هدايا

يا الله
ارحم ضعفي وحالي
فاق الذنب احتمالي
فاغفر يا ذا الجلال

يا الله
أنت العزيز الغفور الرحيم
يا الله
أنت القدوس السلام الكريم

Lirik Lagu Mawlay- Muhammad Husayan

مولاي

مولاي صلي وسلم دائما أبدا

على حبيبك خير الخلق كلهم

محمد سيد الكونين والثقلين

والفريقين من عرب ومن عجم

أوذيت في الله لم تهزم ولم تهن

حتى غدة أمة الإسلام في النجم

حبيب الله رسول الله

إمام المرسلين

سريت ليلا من حرم إلى حرم

كما سر البدر في داج من الظلم

وبت ترقى إلى ان نلت منزلة ً

من قاب قوسين لم تدرك ولم ترم

Monday, 14 January 2008

Mari kita bandingkan...

Kami masak sendiri! Jangan ingat bujang STAM tak pandai masak. hehe.


Membaca Al-Ma'thurat bersama-sama selepas solat asar.

Merenung bulan 15 Ramadhan 1428 hijrah. Semoga bertemu lagi.


Bismillahirrahmanirrahim.

Untuk pengetahuan mereka yang membaca blog ana, ana baru selesai menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Sekolah Menengah Al-Hidayah Ipoh. Di sini ana cuba membandingkan kehidupan ana di Ipoh dan di Bangi.

Di rumah sewa Ipoh, tiada TV. Kalau nk tahu perkembangan semasa, kena beli surat khabar atau pergi CC. Di rumah sendiri Bangi, TV ada dua. Kadang2 layan juga Conan dan Avatar bersama 2 adik sekolah rendah. Spa-Q, Melodi dan WWF pun tidak terlepas dari jeling-jelingan. Maka di mana yang lebih baik? Di sini @ di sana?

Di Ipoh, pukul 5 pagi sudah riuh rendah org masuk toilet, gosok baju dan qiyamullail. Di Bangi, nk bangun 5.30 pg pun memerlukan mujahadah yang kuat. Kadang2 terlepas subuh surau. Astaghfirullah. Hilang kemuliaan sebagai orang mukmin. Maka mana lebih baik? Di sini atau di sana?

Di Ipoh, kena masak sendiri. Ada jadual. Kalau x silap, seorang bertugas tiga kali seminggu. Di Bangi, ada pembantu rumah yang amat rajin. Semuanya siap on time. Tinggal makan dan basuh pinggan je. Tapi skill masak tak improve. Rasanya dah lupa macam mana nk masak lemak cili api. hehe. Maka, mana lebih baik? Di sini atau di sana?

Duduk sebentar, sejenak berfikir...

Betullah. Lebih baik duduk asrama dengan kawan-kawan. Barulah jadi soleh...

Tapi, kalau asyik duduk dengan kawan yang soleh dan tak bercampur dengan masyarakat lain, tak best juga. Macam mana nk tahu kita soleh sedangkan kita belum teruji?

Ala, yang penting ialah diri kita. Sbb yang tanggung akibat di akhirat ialah kita.

Tapi, dalam apa jua keadaan pun, kita boleh usahakan suasana yang kurang baik itu menjadi lebih baik.

...... ..... ...

...... ..... ...

...... ..... ...

Hmm... ana hanya mampu menghela nafas panjang. Mungkin masa dibelai sudah habis. Sudah tiba masa membelai...

Astaghfirullahal azim.
Ampunkan aku ya Allah.
Kupohon kekuatan dari-Mu, Tuhan yang Maha Agung...